Malaysia Oversight

PM akui ‘tiada alasan’ Pan Borneo gagal

By MkiniBM in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
PM akui ‘tiada alasan’ Pan Borneo gagal


PARLIMEN | Perdana Menteri Ibrahim hari ini mengakui kelemahan dalam penyampaian infrastruktur di Sabah, sambil mengakui amalan pengagihan kontrak telah menjejaskan kemajuan berbanding Sarawak.

Menjawab soalan Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang menyorot jurang pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo antara kedua-dua negeri itu, (PH-Tambun) berkata adalah tidak boleh diterima bahawa projek yang diluluskan pada masa sama sudah hampir siap di Sarawak tetapi tergendala di Sabah.

“Memang benar kalau di Sabah isu air, jalan berlubang.

“(Lebuh raya) Pan Borneo projek lulus masa sama 9 ke 10 tahun lalu…

dd6f1dd4e4d0c0ca6a0da82f59724940

“Di Sarawak berhasil, 97 peratus… (tapi perkara sama tidak berlaku di Sabah),” kata yang juga menteri kewangan di Dewan Rakyat.

Dia menyifatkan kelewatan itu berpunca daripada sistem pengagihan kontrak di Sabah.

“(Sabah) warisi sistem pengagihan kontrak amat bermasalah.

“Syarikat boleh buat termasuk syarikat besar, dengan syarat kena ada pengagihan kepada syarikat negeri Sabah,” katanya.

ad45b4c15f70cb0b5099605fa0fe3e3e

Anwar turut menegaskan walaupun negeri Sabah telah meletakkan syarat lebih ketat sejak tujuh hingga lapan tahun lalu untuk melibatkan syarikat tempatan, pelaksanaannya masih lemah.

“Bila projek diluluskan…pelaksanaan sangat lemah, banyak terpaksa dibatalkan. Penyambungan kontrak dua kali, ada tiga kali.

“Saya dah batalkan…kontrak semula dengan tender terbuka,” katanya.

Anwar juga berkata dia menyambut baik persoalan dibangkitkan Kiandee mengenai perbezaan ketara pembangunan di Sabah dan Sarawak.

09cdbc42ecdd3e15baf8bd650958c256

“Saya terima teguran (ahli parlimen) Beluran kerana tidak ada sebab projek sama…siap 98 peratus di Sarawak, (tapi tidak di Sabah),” kata perdana menteri.

Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah terdiri daripada 35 pakej kerja di bawah Fasa Satu, dengan 16 pakej di bawah Fasa 1a sudah berjalan, manakala baki 19 pakej di bawah Fasa 1b masih belum dimulakan.

Jumlah keseluruhan jajaran bagi semua pakej kerja dianggarkan sepanjang 706 kilometer.



Source link