Malaysia Oversight

PlayStation Portal Kini Boleh Menstrim Permainan Video Menerusi Cloud Streaming

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
PlayStation Portal Kini Boleh Menstrim Permainan Video Menerusi Cloud Streaming


PlayStation Portal Kini Boleh Menstrim Permainan Video Menerusi Cloud Streaming

November 6, 2025
e-Permainan
Sony

Effi Saharudin

Pemilik Sony PlayStation Portal kini boleh menstrim permainan video secara awanan menerusi perkhidmatan Cloud Streaming. Permainan milik mereka dalam bentuk digital, permainan daripada layStation Plus Game Catalog dan Classics Catalog boleh distrim secara terus daripada pelayar awanan milik Sony. Ini adalah berbeza dengan ciri Remote Play yang menstrim permainan daripada konsol PlayStation 5 milik pengguna sendiri.

Sony PlayStation Portal Cloud Streaming

Ini adalah ciri yang sudah lama diminta pemilik PlayStation Portal sejak konsol mudah alih ini dilancarkan. Cloud Streaming sebelum ini diuji secara beta dengan ia hanya boleh diakses sebilangan kecil pengguna sahaja.

Sungguhpun begitu kami ada berita buruk untuk pemilik PlayStation Portal di Malaysia kerana untuk mengakses ciri baharu ini, anda memerlukan langganan PlayStation Plus Premium. Ia tidak ditawarkan di Malaysia dengan Sony sekadar menawarkan Deluxe, Extra dan Essential sahaja di negara kita.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link