Platform Sempoicara Lovable Kini Menjana Lebih 100,000 Projek Setiap Hari
Aman
Lovable merupakan salah satu platform sempoicara yang popular di pasaran. Melaluinya, pengguna boleh berikan arahan menggunakan teks, dan seterusnya ia akan membangunkan web atau aplikasi yang dikehendaki.
Terbaru, Lovable mengumumkan mereka telah meraih dana berjumlah $330 juta, sekaligus menilaikan syarikat mereka pada $6.6 bilion. Beberapa pihak turut menyertai pelaburan pada Lovable ini, termasuk pihak NVIDIA dan Alphabet.

Menurut pihak Lovable sendiri, kini mereka menyaksikan lebih 100,000 projek dijana penguna pada setiap hari, memperlihatkan ramai yang bergantung kepada platform mereka. Tidak setakat itu, beberapa syarikat berjaya juga telah ditubuhkan berasaskan kepada platform yang dibangunkan menggunakan Lovable ini.
Dengan suntikan dana baharu ini, kita mungkin melihat Lovable terus dibangunkan dengan pelbagai ciri baharu selari perkembangan arena kecerdasan buatan janaan. Selain Lovable, antara perkhidmatan popular juga adalah Bolt.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






