Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengeluarkan senarai penuh pelantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, hasil mesyuarat MPP yang berlangsung di Petaling Jaya hari ini.
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat itu turut menyampaikan pandangan beliau berkaitan isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.
“Antara perkara yang disentuh termasuklah proses pelantikan hakim serta isu-isu di rantau Asia Tenggara, khususnya yang berkait dengan konflik antara Thailand dan Kemboja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikut senarai pelantikan jawatan utama MPP:
Naib Presiden: Roland Engan
Setiausaha Agung: Dr Fuziah Salleh
Bendahari Agung: William Leong
Ketua Penerangan: Fahmi Fadzil
Ketua Setiausaha Pengelola: Elizabeth Wong
Ahli MPP: Romli Ishak
Ahli MPP: Manolan Mohamad
Ahli MPP: Awang Husaini Sahari
Ahli MPP: Dr Abu Hafiz Salleh Hudin
Ahli MPP: Dr Mohd Afandi Salleh
Ahli MPP: Nor Azman Mohamad
Ahli MPP: Yuneswaran Ramaraj
Timbalan SUA: Saifuddin Shafi Muhammad
Timbalan SUA: Aidi Amin Yazid
Timbalan SUA: Bryan Ng Yih Miin
Timbalan SUA: Sivamalar Genapathy
Timbalan Bendahari Agung: Hee Loy Sian
Timbalan Ketua Penerangan: Siti Aishah Shaik Ismail
Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola: Muhammad Syaril Showkat Ali
Pengarah Biro Ekonomi: Akmal Nasir
Pengarah Biro Sukarelawan: Syed Ibrahim Syed Noh
Pengarah Komunikasi: Adam Adli Abd Halim
Pengarah Biro Antarabangsa: Maszlee Malik
Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama: Amidi Abdul Manan
Pengarah Biro Latihan dan Akademi Keadilan: Aminuddin Harun
Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan: Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat: Dr Zaliha Mustafa
Pengerusi Lembaga Disiplin: Zainol Samah
Pengerusi Biro Kebajikan: Rodziah Ismail
Pengerusi Biro Guaman: Sivarasa Rasiah
Pengerusi Biro OKU: Isaiah D. Jacob
– Bernama