Malaysia Oversight

PKR Sabah beri penjelasan lepas dibidas Gagasan

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 2 minute
PKR Sabah beri penjelasan lepas dibidas Gagasan


Susulan kritikan daripada Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Sabah menjelaskan kenyataan pengerusinya, Mustapha Sakmud, hanyalah luahan “kegusaran” terhadap kenyataan seorang pemimpin kanan Umno negeri.

Ketua penerangan PKR Sabah Ahmad Farid Sainuri berkata kenyataan Mustapha itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir, yang menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai “liabiliti” dalam “cinta tiga segi” dengan PH.

Dalam kenyataan hari ini, Farid menegaskan Mustapha sendiri tidak menganggap GRS sebagai liabiliti, sebaliknya sebagai rakan sekutu dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Fakta utama yang dinyatakan tapi gagal difahami ialah bagaimana komitmen PKR Sabah dalam memastikan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Justeru, kerjasama baik antara PH dan GRS yang perlu dipertahankan dan bukannya mencabar Perdana Menteri Ibrahim.

“Pimpinan GRS sepatutnya bersyukur dengan Perdana Menteri dan PH Sabah yang telah menyelamatkan negeri daripada bertukar disebabkan Langkah Kinabalu sebelum ini,” katanya.

1fb22330fec86375769724b4c70a2cde
Ahmad Farid Sainuri

Mengekalkan kestabilan

Baru-baru ini, Mustapha dalam wawancara bersama Malaysiakini berkata keutamaannya adalah mengekalkan kestabilan dalam kalangan parti , meskipun timbul kebimbangan bahawa GRS adalah “liabiliti”.

Dia juga mengakui kritikan Sabah terhadap pentadbiran negeri pimpinan GRS, khususnya berkaitan skandal rasuah lesen perlombongan, adalah berasas.

Dalam respons balasnya, ketua Gagasan Rakyat Pantai Dalit, Jasnih Daya menasihati Mustapha supaya tidak merosakkan kerjasama antara GRS dan PH, serta mengingatkannya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Begitu juga dengan Pemuda Gagasan Rakyat Darau yang menyifatkan Mustapha sendiri sebagai liabiliti kerana gagal menunjukkan prestasi baik sebagai anggota Parlimen Sepanggar.

Hari ini, Farid berkata PKR Sabah menghormati Ketua Menteri Hajiji Noor.

“PKR Sabah amat menghormati kepimpinan Ketua Menteri dan menghargai kerjasama baik antara GRS dan PH, namun janganlah pandangan kami disalah erti hanya kerana laporan media yang kadangkala tidak menggambarkan intipati suara hati sebenar,” katanya lagi.

Dia turut menggesa rundingan kerusi diselesaikan segera, dengan menekankan ia perlu dibuat bersama kepimpinan PH Sabah, bukannya dengan parti komponennya.

Skandal rasuah

Pada November lalu, Malaysiakini mendedahkan dakwaan skandal rasuah berdasarkan siri rakaman video bocor, yang sehingga kini menyaksikan hanya dua wakil rakyat didakwa bersama seorang ahli perniagaan yang menjadi pemberi maklumat, Albert Tei.

Selain Hajiji, rakaman video yang bocor itu turut mengaitkan dakwaan yang melibatkan pelbagai menteri dan negeri.

Semua pemimpin GRS yang dituduh Tei telah menerima rasuah daripadanya menafikan dakwaan berkenaan.

Namun, sebelum itu lagi, hubungan antara Sabah dan GRS sudah mula retak selepas Sabah menarik balik sokongan terhadap pimpinan Hajiji pada 2023.

Awal bulan ini, yang juga Pengerusi PH semasa lawatan ke Sabah menyentuh soal “cinta tiga segi” itu dan menyatakan harapan agar pertembungan antara BN dan GRS dapat dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang.



Source link