Malaysia Oversight

PKR boleh lenyap 10 tahun lagi jika terus berbalah

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
PKR boleh lenyap 10 tahun lagi jika terus berbalah


Calon timbalan presiden , memberi amaran bahawa perbalahan dalaman yang berlarutan boleh mengakibatkan parti itu lenyap dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Anak kepada Presiden itu turut menggesa semua anggota parti agar segera memberi tumpuan kepada kelangsungan perjuangan dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Dalam 24 bulan yang mendatang, kita kena gerakkan satu semangat baru. Apapun yang berlaku pada 23 dan 24 Mei (pemilihan parti), kita kena bangkit dan kita kena kempen supaya kita menangkan parti kita.

“Parti yang tak bersatu, parti yang tak bersama hadapi cabaran mendatang akan mengakibatkan kita hilang dalam lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Bersama di Seremban, Negeri Sembilan malam tadi.

0e9c3607b1446d675a0c53cc904bbd73

Dia berkata tumpuan utama kini perlu diberikan kepada usaha memenangi 50 kerusi majoriti tipis, melalui kerjasama semua pihak dalam parti.

“Sasaran 50 kerusi marginal ini dan kerjasama antara satu sama lain, kerana saya tak mahu dalam lima hingga 10 tahun nanti, kita kehilangan apa yang telah kita raih.

“Ini bukan pasal saya, tapi pasal kita. Ini bukan pasal apa yang saya boleh buat, tapi apa kita boleh buat bersama,” katanya di hadapan lebih 300 hadirin.

, yang menyandang jawatan naib presiden sejak 2010 mencabar penyandang Timbalan Presiden Rafizi Ramli dalam pemilihan parti sesi 2025-2028.

3d2d32e328a539d9e7777dd3a540002f

Anak sulung itu turut menyentuh soal kekecewaannya terhadap sistem pemilihan parti yang sering mengakibatkan perpecahan dalaman.

“Yang saya sedih, kritikan utama saya kepada sistem pemilihan adalah kerana kita selalu bergaduh antara satu sama lain. Mungkin kali ini kita boleh lakukan sesuatu yang berbeza.

“Lebih-lebih lagi apabila pihak ibu pejabat dah putuskan yang menang dan kalah — dua-dua ada hak mengundi. Hari ini kita membuat keputusan, apapun berlaku, kita kena hargai parti kita,” katanya ketika berucap.

Nurul Izzah turut menyeru agar semua pihak kembali kepada suara akar umbi dan bersatu melancarkan gerakan dalam tempoh dua tahun menjelang PRU.

“Saya mohon kembali kepada suara akar umbi, beri peluang supaya kita mulakan gerakan ini. Saya mohon kita lancar dan kita gerakkan dalam 24 bulan sebelum PRU akan datang,” katanya.



Source link