Malaysia Oversight

PH kekal penting dalam tadbir urus Sabah

By TheSun in November 15, 2025 – Reading time 2 minute
PH kekal penting dalam tadbir urus Sabah


Perdana Menteri tekankan PH terus main peranan penting dalam tadbir urus Sabah meskipun bertanding kerusi terhad pada PRN Sabah ke-17.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) tetap memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus negeri berada pada tahap terbaik meskipun tidak bertanding banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

yang juga Pengerusi PH berkata beliau tidak mahu Sabah terus dibelenggu gejala rasuah dan salah guna kuasa selepas selesainya PRN kelak.

“Kita mahu negeri ini sama-sama bekerja dan semak (segala pembangunan), seperti mana kita ( persekutuan) buat bersama-sama (dengan negeri ketika ini). Tiada lagi perkara remeh-temeh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ceramah Perdana dan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di sini, malam ini.

Perdana Menteri mahu kerajaan negeri yang baharu kelak, menumpukan usaha membangunkan “Sabah Baharu”, dengan memajukan projek dan pembangunan dalam semua bidang bagi merealisasikan potensi besar negeri itu.

yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sentiasa mempromosikan potensi negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ketika lawatan ke luar negara.

“Itu sebab kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Negeri penting,” katanya sambil menambah Malaysia menjadi tumpuan pelabur dunia kerana keharmonian yang wujud dalam masyarakat majmuk.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru rakyat agar menjaga perpaduan sedia ada demi masa depan generasi muda.

“Tak banyak negara boleh duduk (tinggal) aman macam ini (Malaysia). Tolong pelihara (perpaduan) untuk anak-anak kita. Nak kecam boleh, nak tunjuk hero boleh.

“Apa yang kurang, cakap dan bincang baik-baik. Kita perlu bekerjasama sebab negeri ini kena stabil,” kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI komited untuk mengukuhkan ekonomi negara melalui hubungan baik dengan semua kuasa besar termasuk , Amerika Syarikat, negara Afrika dan Eropah, bagi membuka lebih banyak peluang yang mampu mengangkat ekonomi Sabah dan Malaysia.

“Kita negara kecil tapi sekarang, orang tengok kita, orang hormat kita. Sebab apa orang hormat kita? Sebab negara ini aman, sebab ekonomi baik dan politik stabil.

“Semalam, beberapa pemimpin dunia menghubungi saya, Kemboja, Thailand, Amerika Syarikat. Bukan saya minta telefon dia (mereka). Dia telefon kita. Ini menunjukkan hormat mereka kepada Malaysia. Itu yang kita mesti ingat untuk angkat ekonomi kita,” katanya. – Bernama


Post Views: 2



Source link