PRISM+ turut hadir dengan Inspire Series Refrigerators yang merupakan peti sejuk dengan reka bentuk boleh ubah suai sepenuhnya mengikut cita rasa pengguna. Ia hadir dalam dua model iaitu Inspire SBS 750 Side-by-Side dan FDR 720 Four-Door dengan masing-masing menawarkan kapasiti penyimpanan yang luas diantara 750-liter dan 720 liter.

Setiap model boleh disesuaikan dengan panel kaca pusam yang tahan lasak serta didatangkan dalam lima pilihan warna menarik iaitu Sky Blue selain Pastel Pink, Pastel Beige, Matte White dan Matte Black. Reka bentuk yang boleh diubah suai ini membolehkan pengguna menyesuaikan penampilan peti sejuk supaya sepadan dengan dekorasi dalaman rumah mereka.

Siri Inspire turut dilengkapi dengan sistem penyejukan pintar yang direka untuk memastikan makanan kekal segar lebih lama. Teknologi Multi-Zone Cooling mengawal aliran udara dan suhu secara optimum dalam setiap kompartmen sekaligus memastikan buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan minuman disimpan dalam keadaan yang paling sesuai mengikut jenisnya.

Panel Metal Cooling yang dipasang di bahagian dalam pula berperanan untuk mengekalkan suhu sejuk secara konsisten meskipun pintu dibuka dengan kerap. Dalam masa yang sama, penapis karbon anti-bau boleh bantu menyingkirkan sehingga 99.9% bakteria dan bau sekaligus memastikan ruang dalaman peti sejuk sentiasa bersih sepanjang masa.

Antara ciri tambahan yang ditawarkan termasuk pemampat inverter yang menjamin operasi senyap dan penjimatan tenaga, sistem True Total No-Frost yang mencegah pembentukan ais untuk penyelenggaraan mudah, serta panel kawalan sentuh berwarna yang menyeluruh. PRISM+ turut memberikan jaminan pemampat selama 12 tahun sebagai jaminan ketahanan jangka masa panjang kepada pengguna.
PRISM+ Inspire Series Refrigerators akan mula dijual di Malaysia dengan pra-tempahan dibuka secara eksklusif di laman web rasmi PRISM+ pada 3 Oktober 2025. Harga bermula dari RM2,999 untuk model Inspire SBS 750 Side-by-Side manakala model Inspire FDR 720 Four-Door ditawarkan pada RM3,599 selepas penebusan baucar pratempahan.






