Malaysia Oversight

Pesuruhjaya PAS Sabah lapor polis lepas rumah disimbah cat merah

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 1 minute
Pesuruhjaya PAS Sabah lapor polis lepas rumah disimbah cat merah


Pesuruhjaya Sabah Aliakbar Gulasan membuat laporan polis berhubung dakwaan tindakan ugutan oleh individu tidak dikenali.

Aliakbar membuat laporannya di balai polis Alamesra di Kota Kinabalu semalam, selepas anaknya kira-kira jam 8 pagi menemui sekeping kertas bertulis “DATUK” dengan cat merah, berserta sebiji batu, di luar pagar rumah mereka.

“Turut ditemui plastik lut sinar berisi batu dan cat merah hingga cat tersebut terkena dinding rumah saya.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah sebagai makluman keselamatan kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada kemudian hari, selain untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis,” katanya dipetik Sinar Harian.

Aliakbar bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi menegaskan jika perbuatan itu bermotifkan politik, ia tidak boleh diterima.

402bceab1230a60ad872b4ba230bac73

“Kita tidak meletakkan sebarang tuduhan atau mengaitkan dengan apa-apa isu. Cuma kalau ia berkaitan faktor politik, saya anggap ini politik yang sudah kuno.

“Jangan berulang seumpama ini. Kita meraikan demokrasi dengan aman dan damai. Saya sendiri secara peribadi tidak pernah membawa politik maki hamun atau mencaci orang lain.

“Saya tetap bergerak dalam politik penuh dengan adab dan etika. Saya berharap pihak lain juga, sama ada orang awam atau ahli politik, dapat membawa budaya politik yang baik kerana budaya masyarakat kita adalah lemah lembut.

“Saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan, cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam perjalanan kempen,” katanya lagi.



Source link