Malaysia Oversight

Pesawat X-59 Program Pesawat Penumpang Supersonik Senyap Lakukan Penerbangan Pertama

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 2 minute
Pesawat X-59 Program Pesawat Penumpang Supersonik Senyap Lakukan Penerbangan Pertama


Pesawat X-59 Program Pesawat Penumpang Supersonik Senyap Lakukan Penerbangan Pertama

October 29, 2025
Aeronautik

Effi Saharudin

Awal pagi tadi, pesawat Lockheed Martin X-59 melakukan penerbangannya yang pertama. Ia dibangunkan di bawah Program QueSST (Quiet Super Sonic Transport) pada tahun 2017 bagi membangunkan pesawat penumpang supersonik yang tidak menghasilkan bunyi bising sonic boom. Ini adalah sebab utama mengapa pesawat Concorde tidak boleh terbang pada kelajuan supersonik apabila melintasi ruang berpenduduk seperti Malaysia dan seluruh benua Amerika Utara.

Penerbangan pertama dilakukan dari Palmdale, California dengan ia dipandu oleh juruterbang NASA Nils Larson. Ia terbang selama 67 min pada ketinggian 12,000 kaki dan kelajuan maksimum 250 knot (463 kmj) bagi melakukan ujian asas sistem pesawat berfungsi seperti sepatutnya. NASA kemudian akan memindahkan pesawat ke Armstrong Flight Research Center bagi melakukan beberapa lagi ujian penting sebelum penerbangan supersonik pertama boleh dilakukan.

Sebelum pesawat penumpang supersonik skala besar dibangunkan, pesawat Lockheed Martin X-59 akan digunakan untuk melakukan ujian. Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.

Lockheed Martin X 59 QueSST
Lockheed Martin X-59

X-59 mempunyai muncung yang panjang bagi menyebarkan gelombang yang dihasilkan apabila terbang melebihi kelajuan bunyi. Ia dijangka boleh terbang pad kelajuan mencecah Mach 1.5 (1852 km/j). Bagi mengurangkan rintangan udara, X-59 tidak mempunyai cermin depan pada kokpit. Sebaliknya sistem kamera 4K dan skrin resolusi tinggi digunakan sebagai pengganti.

NASA QueSST Supersonik 1
Kokpit maya dengan skrin 4K

Lockheed Martin dianugerahkan kontrak membina X-59 kerana pengalaman mereka membina pesawat supersonik SR-71 Blackbird yang masih memegang rekod pesawat terpantas dunia 3529.6 kmj yang dicatatkan pada tahun 1976.

X-59 ialah pesawat kedua dibangunkan untuk mengembalikan era pesawat penumpang supersonik. Pada Januari tahun ini , Boom Supersonic XB-1 menjadi pesawat pertama mencapai kelajuan supersonik dengan kelajuan tanpa dentuman sonik. Ia akan menjadi asas kepada pesawat penumpang Boom Overture yang akan beroperasi menjelang 2029.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link