Malaysia Oversight

Pesawat bawa 46 penumpang terputus hubungan di wilayah Rusia

By MkiniBM in July 24, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Sebuah pesawat penumpang yang membawa 46 orang dilaporkan terputus hubungan di Wilayah Amur di Rusia, menurut perkhidmatan respons kecemasan kepada Agensi Berita Rusia (Tass).

“Sebuah pesawat An-24 yang dikendalikan oleh Angara Airlines gagal membuat hubungan di pusat pemeriksaan yang ditetapkan beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Tynda,” menurut satu sumber.

Pesawat itu membawa 40 penumpang, termasuk dua kanak-kanak, bersama enam kru.

-Bernama



Source link