Malaysia Oversight

Pesara rugi RM88,000 ditakut-takutkan penipu

By MkiniBM in December 20, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Wang milik seorang pesara dan simpanan isterinya keseluruhan berjumlah RM88,000 lesap selepas mereka diperdaya sindiket phone scam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 2 Dis lalu seorang lelaki berusia 75 tahun itu dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, .

Katanya suspek mendakwa warga emas terbabit – yang yang berasal dari Manir – kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Kata Azli, panggilan penipuan tersebut kemudian disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pendakwa raya pula.

“Suspek meminta mangsa membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes tersebut untuk mengelak ditangkap.

“Mangsa yang panik telah membuat beberapa transaksi berjumlah RM88,000 ke nombor akaun berbeza dari 4 Dis hingga Khamis lalu dengan menggunakan wang dan simpanan milik isterinya,” kata Azli dalam kenyataan hari ini.

Tambah pegawai polis terbabit, untuk mengelak dikesan, suspek mengarahkan mangsa supaya mengoyak resit bank hasil transaksi yang dibuatnya atas alasan “faktor keselamatan.”

Kata Azli, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada isterinya selepas membuat pembayaran terakhir.

“Isteri mangsa yang menyedari ditipu menasihatkan suaminya membuat laporan polis pada 9.01 malam tadi kerana bimbang akan keselamatan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bernama



Source link