BUTTERWORTH: Seorang pesara guru, Zurhan Bakar, 64, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negeri Pulau Pinang Ke-2 Tahun 2025 dalam satu majlis khas di sini, malam tadi. Selaku pemenang, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000 serta sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib. Pada majlis yang sama, ahli akademik, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, 79, turut dipilih sebagai penerima…






