Malaysia Oversight

Perwakilan MIC lulus usul keluar BN, sertai PN

By MkiniBM in November 16, 2025 – Reading time 1 minute
Perwakilan MIC lulus usul keluar BN, sertai PN


Perwakilan sebulat suara meluluskan resolusi untuk keluar dari dan memohon untuk menyertai PN, dalam satu langkah yang dianggap penting bagi memperkukuh peranan parti itu dalam arena politik negara.

Resolusi itu diluluskan semasa mesyuarat perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan ke-79 di IDCC, Shah Alam, hari ini.

Resolusi itu dibacakan Timbalan Presiden M .

“Perwakilan perhimpunan hari ini sebulat suara bersetuju untuk menamatkan penyertaan dalam tertakluk kepada proses dan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan parti. 

“Selain itu, MIC akan memohon secara rasmi untuk menyertai PN bagi membina platform baru yang lebih inklusif dan memberi ruang lebih luas kepada suara masyarakat India di Malaysia,” katanya.

Menurut , presiden SA Vigneswaran bersama-sama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti diberi mandat penuh untuk melaksanakan segala langkah rasmi berkaitan keputusan ini. 

“Ini termasuk rundingan, penyediaan dokumen rasmi serta pengumuman kepada pihak berkuasa dan orang awam pada masa yang sesuai,” katanya lagi.

Seramai 1,808 perwakilan MIC dari seluruh negara yang menyertai perhimpunan hari ini sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

[Berita lanjut menyusul]



Source link