Malaysia Oversight

‘Peruntuk dana RMK13 tangani pencemaran Sg Kereh akibat ladang babi’

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 2 minute
'Peruntuk dana RMK13 tangani pencemaran Sg Kereh akibat ladang babi'


PARLIMEN | Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) menggesa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menyediakan peruntukan bagi membersihkan pencemaran di Sungai Kereh, Pulau Pinang akibat aktiviti ladang di sekitar kawasan itu.

Dalam ucapannya membahaskan RMK-13, Wan Saiful berkata Pulau Pinang gagal menangani isu itu.

Dia berkata persekitaran sungai itu termasuk kawasan perumahan dan kedai makan, dicemari bau busuk meresap yang mengganggu kualiti hidup di situ.

, sama ada melalui Petra (Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) atau Kementerian Alam Sekitar, atau Kementerian Keterjaminan Makanan sekalipun, mesti mengarahkan audit penuh ke atas semua ladang yang beroperasi berhampiran kawasan tadahan air dan kawasan sungai di Kampung Selamat.

“Seterusnya mesti ada pelan yang jelas dan tindakan yang tegas sama ada penutupan ataupun didenda ataupun apa-apa tindakan yang tegas terhadap ladang yang gagal mematuhi piawaian dan menyebabkan pencemaran yang berlaku sekian lama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dia memberi amaran bahawa kegagalan menangani isu itu boleh menyebabkan Sungai Kereh menjadi simbol kegagalan menjaga alam sekitar.

Dia seterusnya menegaskan bahawa isu itu bukan isu perkauman.

“Ini soal keadilan kepada majoriti rakyat yang terkesan akibat pencemaran bau dan air yang berterusan. Ini soal hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat,” katanya.

Menurut laporan Bernama pada 2016, penduduk dalam lingkungan 2km dari sungai itu mengalami pencemaran dan bau busuk sejak 20 tahun lalu.

Pada masa itu, kerajaan Pulau Pinang berikrar untuk melaksanakan sistem ladang tertutup bagi penternakan babi di negeri itu dalam usaha membendung isu tersebut.

Penduduk mendakwa bahawa kesihatan mereka terjejas akibat pencemaran itu, termasuk batuk berterusan, masalah pernafasan dan kulit gatal.



Source link