Malaysia Oversight

‘Pertimbang semula pelantikan ahli politik didakwa rasuah terajui GLC’

By MkiniBM in January 14, 2026 – Reading time 2 minute
‘Pertimbang semula pelantikan ahli politik didakwa rasuah terajui GLC’


Pemuda DAP Sabah menggesa negeri menimbang semula pelantikan Yusof Yacob sebagai pengerusi Sabah Development Bhd (SDB), dengan membangkitkan pendakwaan rasuah yang sedang dihadapi bekas Sindumin itu.

Ketuanya, Chan Loong Wei berkata pelantikan baru dalam GLC tidak seharusnya melibatkan individu yang telah disabitkan bersalah di mahkamah, mahupun yang sedang berdepan kes undang-undang yang serius.

“Ketua Menteri, Hajiji Noor berulang kali menegaskan GLC perlu diterajui oleh kepimpinan yang berkeupayaan dan berwibawa supaya dapat berfungsi sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan untuk rakyat dan negeri. Pelantikan ini tidak mencerminkan aspirasi tersebut.

“Melantik seorang individu yang masih berdepan kes mahkamah ke lembaga pengarah GLC menimbulkan kebimbangan serius berkaitan integriti, kepercayaan awam dan kredibiliti ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Yusof dalam hantaran di Facebook memaklumkan  dia telah memulakan tugasnya di pejabat SDB di Menara Kinabalu semalam.

SDB ialah sebuah GLC di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Sabah.

43a2a453e4e8d3604d308b7a0124d3d3
Yusof Yacob

Yusof merupakan antara ahli politik Sabah yang terpalit dalam skandal lesen perlombongan mineral di negeri itu.

Pada 30 Jun tahun lepas, Yusof dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menerima wang tunai RM200,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

Seorang lagi ahli politik yang didakwa di mahkamah berkaitan skandal itu adalah bekas Tanjung Batu, Andi Suryady Bandy.

Mengulas lanjut, Chan membangkitkan kenyataan Hajiji sebelum ini, berhubung keperluan untuk menstrukturkan semula GLC di negeri itu bagi mengukuhkan tadbir urus korporat dan menjamin GLC diuruskan oleh kalangan yang cekap dan profesional.

Dia berkata, pelantikan individu seperti Yusof akan hanya menghakis keyakinan rakyat dan membangkitkan persoalan berhubung komitmen terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik.

“Reformasi mesti dizahirkan melalui tindakan. Jika tidak, pelantikan sedemikian hanya akan menjejaskan kepercayaan awam dan integriti pentadbiran,” katanya lagi.



Source link