KUALA LUMPUR: Hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Suhaizan Kaiat (PH – Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan manfaat yang diperoleh hasil pertemuan dengan Trump dalam aspek perdagangan serta isu kemanusiaan di Gaza dan bidang strategik lain yang berkepentingan bersama Malaysia…






