Malaysia Oversight

Pertama di Malaysia, Unifi TV Perkenal Pengalaman Strim Baharu – Semua Langganan Popular dalam Satu Platform 

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 3 minute
Pertama di Malaysia, Unifi TV Perkenal Pengalaman Strim Baharu – Semua Langganan Popular dalam Satu Platform 


Pertama di Malaysia, Unifi TV Perkenal Pengalaman Strim Baharu – Semua Langganan Popular dalam Satu Platform 

September 19, 2025
Telekomunikasi

Ikhwan Nazri

Apalah dunia tanpa hiburan, bagai lagu dipisahkan irama. Dewasa ini pastinya ramai antara kita yang melanggan pelbagai platform hiburan, sukan, filem, dan bermacam lagi. Platform-platform penstriman terkemuka turut bersaing menghasilkan karya baharu, membuatkan kita terfikir yang mana satu patut kita langgan. Malah, mungkin ada filem-filem lama yang kita ingin tonton semula namun perkhidmatan manakah yang ada filem ini? . 

image 70

Kan bagus jika ada perkhidmatan sebegini yang anda boleh campur-campur, tukar-tukar, macam kita makan nasi campur, atau macam kita pesan makanan dari mamak, “maggi goreng telur mata taknak pedas satu”. Senang kita pilih tapi platform TV apa yang boleh buat macam ini?

Sebenarnya, kita hanya patut gunakan Unifi TV.

Ini kerana dengan Unifi TV 2.0 yang baharu, akses mudah kepada pelbagai aplikasi penstriman dalam satu platform bukan satu lagi perkara yang janggal. 

Unifi TV Mobile

Mungkin sekarang, anda telah pun melanggan Disney+ Hotstar, Netflix, HBO Max, Viu atau, iQIYI.  Jika anda peminat sukan, anda pasti sering menonton beIN SPORTS. Lebih-lebih lagi dengan kandungan berkualiti yang ada pada setiap aplikasi penstriman seperti drama popular Korea dan Tamil, filem berprestij, dokumentari menarik dan berilmiah, pengalaman berhibur kini adalah lebih meluas, dan tidak seperti dahulu.

image 71

Dengan kombinasi ini, anda mungkin perlu melanggan sehingga 5 aplikasi penstriman yang  berasingan dan ini akan membuatkan anda berbelanja dengan lebih mahal. Namun dengan Unifi TV, semuanya boleh didapati menerusi satu platform dan satu langganan dengan harga promosi yang sangat menarik. Anda juga boleh ‘menyimpan’ kandungan anda menerusi fungsi ‘My Library’, jadi anda dengan mudah dapat mengakses kandungan yang anda suka, dan ikuti.

image 72

Walaupun namanya ‘TV’, aplikasi Unifi TV 2.0 ini tidak terhad untuk televisyen, tetapi menjanjikan pengalaman televisyen yang dapat anda bawa kemana-mana. Ini kerana Unifi TV turut menyertakan saluran TV linear. Jadi anda bukan sahaja pilihan rancangan ‘on-demand’ di tangan, anda juga boleh pada bila-bila masa menonton TV1, TV2, TV Al-Hijrah dan pelbagai lagi saluran TV linear yang tersedia menerusi aplikasi Unifi TV. 

Dan menerusi paparan antaramuka bagaikan TV, anda juga dapat mengetahui rancangan yang telah anda terlepas, jadi mungkin anda boleh rancang untuk menontonnya semula apabila ia kembali disiarkan. 

Unifi TV

Bina Pakej Anda Sendiri dengan Unifi TV

Seperkara lagi yang anda boleh lakukan dengan Unifi TV 2.0 adalah membina pakej sendiri, dan menggabungkan apa yang ingin anda tonton dan sekarang tanpa kontrak! Anda boleh memilih saluran dan aplikasi penstriman yang anda gemar, bermula dari harga serendah RM 16. Malah dengan pek-pek menarik yang menggabungkan saluran terbaik bersama aplikasi penstriman seperti Wira, Veeran, Ying Xiong dan Kids Pack, atau anda boleh pilih Super Star Pack, pelbagai pilihan pek dan kombinasi pakej dapat digabungkan dalam satu langganan. 

Cubalah aplikasi baharu Unifi TV 2.0 hari ini, yang turut dilancarkan dengan 13 pek hiburan yang baharu. Baik anda pelanggan Unifi mahupun bukan, anda dapat menikmati harga promosi yang sangat menarik, untuk masa terhad.

image 69

Yang lebih menarik lagi, sempena meraikan pelancaran Unifi TV 2.0 baharu ini, Unifi TV memberikan akses percuma 30 hari kepada 15 aplikasi penstriman, antaranya Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu, iQIYI  dan semua 73 saluran premium, khas untuk pelanggan Unifi. Manakala, bagi bukan pelanggan Unifi, Unifi TV memberikan akses percuma selama 30 hari kepada 19 saluran Unifi TV antaranya Inspirasi, DEGUP dan Sensasi yang membolehkan rakyat menonton Unifi TV Originals seperti rancangan realiti Setulus Takdir: Fattah Amira secara percuma. 

Tambah lagi kesemua rancangan menerusi Unifi TV 2.0 ini juga boleh distrim menerusi Unifi Mobile yang telah dianugerahkan ‘Pengalaman Video Terbaik’ dari Open Signal pada November 2024.

Penafian: Advertorial dari Unifi

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link