Malaysia Oversight

‘Persediaan Bersatu Sabah hadapi PRN tak terjejas di tengah krisis dalaman’

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 2 minute
'Persediaan Bersatu Sabah hadapi PRN tak terjejas di tengah krisis dalaman'


Ketua Bersatu Sabah, Ronald Kiandee berkata krisis kepimpinan yang melanda parti itu tidak akan menjejaskan persiapan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bulan depan, meskipun beberapa pemimpin secara terbuka menggesa Yassin berundur daripada jawatan presiden parti.

Bercakap dengan Malaysiakini, Kiandee berkata Bersatu Sabah berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

“Semua parti menghadapi masalah, itu perkara biasa. Azmin (Ali) juga pernah keluar daripada .

“Setiap parti melalui cabaran. Normal bagi mana-mana organisasi politik untuk berdepan sedikit gangguan sepanjang perjalanannya,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu pada Rabu lalu.

Ditanya jika pergelutan dan gesaan supaya berundur boleh menjejaskan prestasi Bersatu dalam PRN nanti, Kiandee kekal berhati-hati tetapi optimis.

“Saya harap ia tidak akan beri kesan kepada kami di Sabah. Kami baru sahaja buat mesyuarat parti yang dipengerusikan oleh presiden. Bagi PRN, semuanya berjalan seperti biasa. Tiada masalah,” katanya.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu menegaskan kepimpinan di peringkat Sabah memahami kepentingan pilihan raya tersebut dan yakin pertikaian di peringkat pusat tidak akan menjejaskan kempen nanti.

“Kepimpinan tahu betapa pentingnya PRN ini. Ya, krisis sedang melanda tetapi apa sahaja yang berlaku di peringkat persekutuan tidak seharusnya menjejaskan Sabah,” katanya lagi.

Dia turut mengesahkan Bersatu Sabah akan bertanding menggunakan logo PN, dengan pengumuman pembahagian kerusi dijadual dibuat pada 11 November.

Pemberontakan kepimpinan 

Kenyataan Kiandee itu dibuat ketika tekanan terhadap kepimpinan semakin meningkat berikutan pemberontakan terbuka dalam kalangan beberapa pemimpin kanan Bersatu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah menjadi pemimpin terbaru menyertai kumpulan dalam Bersatu yang menuntut Muhyiddin untuk berundur bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Dalam kenyataan bersama yang turut ditandatangani enam ketua bahagian Bersatu, iaitu Pasir Salak, Puchong, Dungun, Jasin dan Selayang, Saifuddin turut menggesa supaya Azmin Ali digugurkan daripada jawatan setiausaha agung, atas alasan parti perlu dibersihkan daripada “masalah moral” yang merosakkan reputasinya.

Kenyataan itu dilihat sebagai merujuk kepada skandal video seks yang pernah dikaitkan dengan Azmin, yang kembali dibangkitkan sebagai senjata dalam perebutan kuasa dalam Bersatu.

Saifuddin kemudian digugurkan daripada jawatan pengerusi PN dan digantikan dengan Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man. 

c3afff06f712e1c8e4665f4961f8e9ba
Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal

Saifuddin menjadi ahli Parlimen ketiga yang secara terbuka menentang Muhyiddin, selepas Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Krisis yang sedang berlaku ini turut mencerminkan perebutan kuasa yang semakin membuat dalam Bersatu, apabila beberapa pihak dalam parti mencabar kewibawaan Muhyiddin.

Buat masa ini, Kiandee menegaskan pergolakan di Semenanjung tidak akan menggugat operasi Bersatu di Sabah.

“Parti faham apa yang sedang berlaku. Apa sahaja yang berlaku di Kuala Lumpur tidak sepatutnya menjejaskan pilihan raya kita di sini. Harap-harapnya begitu,” katanya.

PRN Sabah akan diadakan pada 29 November ini.



Source link