Malaysia Oversight

Persatuan pemandu teksi anjur demo sokong Anwar

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 1 minute
Persatuan pemandu teksi anjur demo sokong Anwar


Sebuah gabungan persatuan teksi mengundang Perdana Menteri Ibrahim untuk menghadiri perhimpunan pada 27 September bagi menyatakan sokongan terhadap pentadbirannya.

Portal dalam talian FMT melaporkan bahawa Presiden Gabungan Teksi Semalaysia, Kamarudin Hussain, berkata perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka, lokasi sama kira-kira 25,000 penunjuk perasaan berkumpul Sabtu lalu bagi menuntut peletakan jawatan .

Dinamakan sebagai ‘Kekal ‘, perhimpunan itu dilaporkan bertujuan untuk menonjolkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Anwar dan usaha perpaduan dalam melaksanakan reformasi.

“Kami akui, kami hanyalah sebahagian kecil daripada masyarakat, namun kami yakin bahawa suara dan perhimpunan kami ini akan memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada masyarakat dalam negara, malah turut diperhatikan oleh negara luar,” kata Kamarudin, yang pernah bertanding jawatan ketua Cabang Selayang, pada sidang media hari ini.

Portal dalam talian itu turut memetik Kamarudin sebagai berkata para pemandu teksi percaya bahawa Anwar mempunyai visi dan keupayaan untuk memacu negara ke arah masa depan yang lebih adil dan makmur.

Katanya, kestabilan politik berterusan penting dalam usaha mengekalkan pembangunan ekonomi dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Selain Anwar, Kamarudin turut dilaporkan mengundang para pelajar, kumpulan masyarakat sivil dan parti-parti politik Pakatan Harapan serta untuk hadir, sambil menggesa mereka agar bersatu padu menyatakan sokongan terhadap semasa.



Source link