Malaysia Oversight

Persatuan Kristian gesa MCMC bendung pornografi, keganasan dalam talian

By MkiniBM in October 17, 2025 – Reading time 3 minute
Persatuan Kristian gesa MCMC bendung pornografi, keganasan dalam talian


Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan memperkenalkan dasar baru bagi melindungi kesihatan mental kanak-kanak, termasuk garis panduan bagi membendung akses mudah kepada bahan lucah dan ganas dalam talian.

Gesaan itu dibuat susulan beberapa insiden di sekolah baru-baru ini, termasuk kes pelajar perempuan ditikam di serta dua kes salah laku seks beramai-ramai melibatkan pelajar perempuan di Melaka dan Kedah.

Dalam kenyataan, Pengerusi CFM, Reverend Eu Hong Seng turut menyeru mengambil langkah konkrit bagi mengembalikan keselamatan, rasa hormat dan akauntabiliti di sekolah.

“Insiden tragik ini mengejutkan negara dan menunjukkan adanya krisis besar terhadap keselamatan serta moral dalam sistem pendidikan — sekali gus menunjukkan perlunya kita menilai semula cara membesarkan anak-anak dalam era media sosial.

“CFM percaya tragedi ini bukan kes terpencil, tetapi tanda kegagalan sistemik yang menuntut tindakan segera dan tegas.

“CFM menyeru dan Kementerian Pendidikan bertindak pantas terhadap krisis keselamatan dan moral yang semakin meruncing ini.

“Sudah tiba masanya kita berdepan realiti keganasan berasaskan jantina di sekolah serta peningkatan budaya buli dan agresif dalam kalangan pelajar,” katanya.

Guru perlu dilatih

Menurut Eu, guru dan pendidik perlu dilatih untuk mengenal pasti dan bertindak terhadap murid yang berisiko menjadi mangsa keganasan berasaskan jantina, selain memupuk persekitaran sekolah yang beretika dan bermoral.

0518c0abdbdde0575ebb093ce6d7d4ca

“Setiap sekolah mesti menjadi tempat yang selamat, dihormati, dan membentuk sahsiah serta nurani pelajar.

“CFM juga menggesa MCMC bertindak tegas dengan meneliti serta memperkenalkan dasar yang dapat melindungi kesihatan mental kanak-kanak, seperti garis panduan bagi membendung akses mudah kepada bahan lucah dan ganas di internet.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan keruntuhan moral masyarakat daripada terus merebak,” katanya lagi.

Pada Selasa lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama selepas ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun menggunakan pisau.

Kes ini berlaku kurang dua minggu selepas satu kejadian mengejutkan di Melaka, apabila empat remaja ditahan kerana disyaki merogol pelajar Tingkatan Tiga di dalam bilik darjah pada 2 Oktober.

Semalam pula, empat remaja ditahan di Kedah berhubung kes rogol bawah umur yang didakwa berlaku berulang kali di sebuah sekolah di Baling antara Mei hingga Ogos.

Tangani keganasan seksual

Sementara itu, Putera dalam kenyataan berasingan menyambut baik rancangan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan reformasi segera terhadap sistem pendidikan sedia ada serta memperkukuh mekanisme keselamatan dan kebajikan pelajar.

Putera berkata salah satu komponen pelan tersebut — memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial di sekolah bagi menangani keganasan seksual terhadap kanak-kanak melalui program kesedaran dan intervensi khusus.

9dd95ab1e82e0be1630d5c7f1f438c54

“Namun pelaksanaannya tidak boleh sekadar memenuhi keperluan formal. Pengalaman lalu menunjukkan subjek sivik dan pendidikan jasmani sering dijadikan tempat ‘mengisi masa’ dengan subjek lain, sehingga menjejaskan keberkesanan pendidikan sebenar.

“Pendidikan Kesihatan Reproduktif tidak sepatutnya hanya menjadi intervensi selepas kejadian berlaku. Ia mesti berfungsi sebagai pencegahan awal terhadap gangguan seksual, rogol, kehamilan remaja, dan gejala sosial lain,” kata Ketua Putera , Dr Shatesh Kumar Sangar.

Dia menambah pelajar juga perlu dididik mengenai isu keganasan seksual serta implikasi undang-undang yang menanti pelaku jenayah, termasuk hukuman penjara.

“Tujuannya bukan untuk menakutkan pelajar, tetapi untuk membentuk mereka menjadi insan yang peka, berpengetahuan, dan bertanggungjawab,” katanya.



Source link