Perplexity Menawarkan Pelayar Web Dikuasakan Kecerdasan Buatan “Comet” Untuk Semua
Aman
Perplexity AI kini telah mula menawarkan pelayar web dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Comet kepada semua pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, pelayar web ini ditawarkan secara terhad kepada pengguna berbayar dengan langganan $200 sebulan sahaja.
Pelayar web ini hadir dengan integrasi kecerdasan buatan, membolehkan anda melayari sebarang laman web, dan seterusnya melakukan sejumlah arahan dengan mudah – seperti inginkan penerangan lanjut, atau rumusan untuk sesuatu laman web dengan mudah.

Pengguna versi percuma ditawarkan akses dengan terhad berbanding pengguna berbayar. Pelanggan berbayar juga menerima akses seperti pembantu pengurus emel, dan mealkukan sejumlah tugasan secara latar – seperti mencari tiket penerbangan, menguruskan tempahan hotel, dan lain-lain.
Selain itu, pengguna turut boleh mengakses Perplexity dengan mudah untuk bertanyakan pelbagai perkara melaluinya. Disamping itu, penggunaan lain masih berfungsi seperti pelayar web lain di pasaran.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun Comet dan menggunakannya hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






