Malaysia Oversight

Perobohan Kg Papan masuk hari ketiga, aktivis terus pertikai

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
Perobohan Kg Papan masuk hari ketiga, aktivis terus pertikai


Proses perobohan rumah di Kampung Jalan Papan di Pandamaran masuk hari ketiga ini, yang dilihat melanggar komitmen negeri supaya hanya rumah kosong tiada penghuni ‘disentuh’.

Semakan Malaysiakini sehingga pukul 12 tengah hari mendapati sebanyak empat rumah termasuk dua yang mempunyai penghuni dirobohkan.

Terdahulu, keadaan menjadi tegang apabila penduduk, aktivis dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghalang pemaju merobohkan rumah yang masih dihuni.

Terdapat tolak-menolak antara polis dan penduduk namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

‘main wayang’

Bercakap dengan Malaysiakini, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan menyifatkan negeri bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hanya “bermain wayang”.

“Menteri besar sendiri tidak mampu mempertahankan kata-katanya,” katanya kepada portal ini.

Arutchelvan turut mengkritik pimpinan DAP termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri DAP Gobind Singh Deo, serta exco dan anggota Dewan Undangan Negeri () kerajaan negeri yang didakwa tidak berani bersuara.

“Tiga menteri besar PH hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakan keputusan mesyuarat tindakan ekonomi (MTES),” katanya.

d35eb70d6a497b36e16263d813fde240

Pada 23 Okt, exco perumahan Borhan Aman Shah berkata kerja-kerja perobohan hendaklah dihadkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong, selaras “penyelesaian berhemah yang dipersetujui”.

Sementara itu, seorang wakil pemaju yang berada di lokasi memberitahu bahawa dia mendapat arahan untuk mengosongkan rumah “seperti dalam perintah mahkamah”.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pemaju.

Hormat keputusan kerajaan –

Sementara itu, Pandamaran, Leong Tuck Chee meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pemaju yang meneruskan kerja perobohan.

Katanya dia sendiri hadir dalam mesyuarat tergempar bersama menteri besar pada 21 Oktober lalu yang turut dihadiri wakil pemaju, pengarah Lembaga Perumahan dan Hartanah (LPHS) serta beberapa wakil rakyat.

179c8f412f37c5c91774fe982d5533d7
94d5d5cacc08148b64d3c129cb9e3ab4

Dalam mesyuarat itu, katanya, keputusan dibuat agar hanya rumah tidak berpenghuni dirobohkan sementara menunggu rundingan pampasan.

“Saya tahu dia (pemaju) ada kuasa, tapi kena juga hormat keputusan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi.

Menurut Leong, masih terdapat 83 rumah masih berpenghuni di kampung itu yang mempunyai keluasan kira-kira 74 hektar dan sebelum ini menempatkan lebih 700 buah rumah.

Minta PMX campur tangan

Sementara itu, seorang aktivis yang hanya mahu dikenali sebagai Yeoh berkata dia akan membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat anggotanya menggunakan kekerasan.

“Mereka tarik-tarik saya keluar, semuanya lelaki. Tangan saya sakit sebab mereka tarik saya kuat.

“Sebab badan saya kecil, senang mereka tolak saya jatuh ke tanah,” dakwa wanita 55 tahun itu kepada Malaysiakini.

Leong merayu campur tangan Perdana Menteri Ibrahim bagi menangguhkan perobohan sementara rundingan antara pemaju, kerajaan negeri dan penduduk dimuktamadkan.

“Penduduk hanya nak keluar dengan aman, bukan nak lawan,” katanya.

Daripada 83 rumah, 44 daripadanya mendapat perintah injunksi sementara. Mahkamah dijangka akan menentukan status 44 rumah itu pada 8 Dis.



Source link