Malaysia Oversight

‘Permulaan baik untuk PKR, pesanan Saifuddin tepat pada masanya’

By MkiniBM in May 24, 2025 – Reading time 1 minute
‘Permulaan baik untuk PKR, pesanan Saifuddin tepat pada masanya’


menyifatkan kongres nasional yang baru sahaja berakhir di Johor Bahru sebagai permulaan yang positif, dengan merujuk peringatan tulus daripada Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya sangat gembira (setiausaha agung PH) Saifuddin berpeluang untuk berucap,” kata timbalan presiden baru itu kepada pemberita.

“Saya rasa hari ini bagus juga kita meluahkan dari hati kita. Lebih mudah begitu,” katanya lagi.

Terdahulu, Saifuddin membuat penampilan mengejut di pentas dan menyampaikan ucapan penuh emosi di mana dia berkata presiden parti, Ibrahim memikul tanggungjawab untuk meredakan sebarang rasa tidak puas hati yang masih berlarutan akibat kempen pemilihan.

Saifuddin juga berkata dia memilih untuk menemani bekas timbalan presiden, Rafizi Ramli pada malam tadi, ketika orang lain meraikan kemenangan .

Mengulas lanjut, menekankan keperluan untuk sentiasa bermuhasabah dan mengadakan dialog terbuka di semua peringkat parti.

“Pada saya bukan sahaja hari ini, kita mahu setiap seorang di peringkat pusat, negeri, cabang, kita bertemu, bermuhasabah, menegur satu sama lain.

“Kita tak boleh nafikan sumbangan dan usaha sesiapa. Semua ada cerita mereka, semua ada pengorbanan mereka.

“Jadi dengan semangat itu, saya rasa ini permulaan yang baik,” katanya lagi.

 



Source link