Malaysia Oversight

Permohonan ‘gag order’ Hajiji terhadap Albert keterlaluan

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Permohonan 'gag order' Hajiji terhadap Albert keterlaluan


Seorang wakil rakyat Warisan mengecam tindakan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, yang memohon perintah larangan (gag order) terhadap ahli perniagaan Albert Tei, selepas dia mendedahkan siri video dan dokumen yang mengaitkan beberapa ahli politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan perlombongan.

Elopura, Calvin Chong, menyifatkan tindsksn Hajiji sebagai “mengejutkan” apabila permohonan tersebut – difailkan ketika sebutan kes rasuah melibatkan dua GRS yang dikaitkan dengan skandal itu – turut menyenaraikan alasan “menghalang penghinaan terhadap ketua menteri” sebagai salah satu asasnya.

c4acc16084dd7a14e7647311163c6eff

“Adakah ini cara pintu belakang Hajiji untuk lindungi dirinya? Ini penyalahgunaan proses mahkamah yang keterlaluan. Mahkamah wujud untuk menegakkan keadilan, bukan untuk melindungi pemimpin politik daripada kritikan.

“Apa yang saya tidak faham juga, mengapa Hajiji kini mahu campur tangan dalam hal yang sebelum ini beliau sendiri dakwa tidak terlibat?” kata Chong dalam satu kenyataan.

Chong turut mempersoalkan bagaimana Hajiji mengetahui keterangan Tei kepada SPRM, sambil membayangkan maklumat itu mesti dibocorkan dari dalam suruhanjaya berkenaan.

“Sebagai ketua , tanggungjawab Hajiji bukanlah mendapat manfaat daripada kebocoran itu tetapi menuntut akauntabiliti dengan membuat laporan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kegagalannya bertindak menimbulkan kebimbangan serius sama ada ketua menteri benar-benar menjaga integriti institusi atau sebalik mencemarinya,” tambahnya.

84e8ad6897180d5bfb26347edd1af173
Albert Tei

Chong juga mengkritik langkah menghalang Tei daripada memasuki Sabah sehari sebelum ahli perniagaan itu – yang turut berdepan pertuduhan berkait skandal sama – dijadual hadir di mahkamah.

“Jika dihimpunkan, semua peristiwa ini bukan mencerminkan rule of law (kedaulatan undang-undang) di mana undang-undang diguna pakai secara sama rata dan adil, sebaliknya rule by law – kuasa digunakan demi kepentingan politik. Ini satu jalan yang berbahaya, bukan sahaja untuk Sabah tetapi untuk Malaysia.

“Sebagai ketua negeri, Hajiji terikat dengan sumpah jawatan untuk bertindak dengan telus, berakauntabiliti dan berintegriti. Melakukan sebaliknya hanya mementingkan diri, merosakkan kepercayaan awam dan menjatuhkan martabat jawatannya.

“Rakyat Sabah dan Malaysia berhak mendapat jawapan. Ketua menteri mesti buktikan beliau berkhidmat untuk undang-undang dan rakyat, bukannya untuk dirinya sendiri,” katanya.



Source link