Malaysia Oversight

Perlombongan REE tak boleh jejaskan alam sekitar, Orang Asli

By MkiniBM in November 15, 2025 – Reading time 3 minute
malaysiakini logo


Kumpulan alam sekitar Greenpeace Malaysia dan Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mengingatkan pihak berkuasa bahawa perlombongan unsur nadir bumi (REE) tidak seharusnya memudaratkan alam sekitar atau mengetepikan komuniti Orang Asli.

Sebagai respons terhadap perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia-AS yang dimeterai bulan lalu, ketua kempen Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun, menggesa menjalankan perlombongan REE berdasarkan panduan antarabangsa, yang mengutamakan kelestarian alam sekitar serta perlindungan terhadap komuniti Orang Asli.

“Perkara paling penting ialah melindungi kawasan sensitif serta menghormati masyarakat Orang Asli dan komuniti tempatan… kerana banyak aktiviti perlombongan REE berlaku di kawasan hutan di Malaysia,” katanya pada sidang media bersama hari ini.

Turut hadir ialah wakil daripada Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL).

Heng menggesa agar mematuhi prinsip-prinsip berikut dalam hal perlombongan REE:

– Menghormati Zon Larangan (kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan perlombongan)

– Menjunjung hak komuniti dan masyarakat Orang Asli melalui konsep Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum (FPIC)

– Memastikan ketekunan wajar (due diiligence) sosial dan alam sekitar yang ketat serta bebas.

Heng turut menggesa belajar daripada kesilapan dalam kajian kes sedia ada, bagi mengelakkan bencana alam sekitar dan memastikan keselamatan pada masa depan.

Sebagai contoh, dia menggesa kerajaan memantau projek perintis perlombongan REE yang sedang dijalankan di Perak.

“Seperti yang kita tahu, kerajaan Malaysia kini telah memulakan banyak projek perintis, khususnya di Perak, yang didakwa mempunyai banyak simpanan nadir bumi.

“Ini perkara yang perlu diberi perhatian lebih serius. Kerana berdasarkan kajian kes perlombongan terdahulu, terdapat banyak potensi masalah yang boleh berlaku.

“Jadi dari pihak Greenpeace, kami telah menghasilkan prinsip panduan bagi peralihan mineral dan tenaga,” katanya.

b967da2aaf676f6860ddc2f632f854f4

Pada Disember 2023, seramai 31 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan haram bijih yang mengandungi REE bukan radioaktif di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.

Ketua Polis Perak, Yusri Hassan Basri, berkata polis telah menjalankan beberapa serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak melalui Op Khazanah di beberapa lokasi.

Menurut Yusri, warga asing yang ditahan berusia antara 23 hingga 69 tahun itu terdiri daripada 16 lelaki warga , tiga lelaki warga Myanmar, seorang wanita warga Myanmar dan seorang wanita warga Vietnam.

Di samping melindungi hak masyarakat Orang Asli, Heng menegaskan bahawa garis panduan sejagat Greenpeace turut menekankan usaha mengehadkan pemanasan global kepada kurang daripada 1.5 darjah Celsius — melalui penghapusan bahan api fosil dan mengutamakan penggunaan mineral untuk peralihan tenaga hijau.

Dia menegaskan bahawa perlombongan REE di Malaysia mesti terikat kepada garis panduan ini, dan tidak seharusnya membenarkan Amerika Syarikat mengeksploitasi sumber asli negara bagi tujuan penghasilan senjata.

Mengulas lanjut perjanjian perdagangan Malaysia-AS yang baru ditandatangani, Heng menegaskan bahawa perlombongan REE harus dihadkan kepada penggunaan untuk projek peralihan tenaga hijau sahaja.

“Kita semua tahu bahawa nadir bumi penting untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), panel solar dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama, nadir bumi juga kerap digunakan untuk membuat senjata.

“Sebagai contoh, apabila (Presiden AS) Donald datang ke Ukraine dan Malaysia, itu bukan kerana beliau mahu melindungi alam sekitar. Ia kerana nadir bumi merupakan sumber yang sangat penting dalam perdagangan senjata mereka.

1aaa8906186cde10a6b2bf4b7c3b1703

“Kita tidak mahu lebih banyak peperangan atau konflik. Jadi ini perkara yang perlu kita tekankan — bahawa semua mineral ini harus digunakan untuk usaha peralihan tenaga hijau sahaja, dan bukan untuk peperangan atau konflik,” katanya.

Panduan lain yang dihuraikan oleh Heng termasuk memberi keutamaan kepada penyelesaian yang adil dan saksama yang tidak menambah jurang ketidaksamarataan global antara negara maju dan negara membangun, mengurangkan permintaan, serta mengitar semula sumber mineral sedia ada.

Sementara itu, Greenpeace dan SMSL menegaskan bahawa mereka bukan menentang pembangunan, sebaliknya membantah pengurusan sisa yang tidak betul dan pencemaran yang terhasil daripadanya.

Pada 2024, laporan media menyatakan bahawa rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengenal pasti 10 negeri yang berpotensi mengandungi REE, iaitu Terengganu, , Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sarawak, dengan nilai anggaran RM809.6 bilion.

Pada tahun sama, menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar ketika itu, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kementerian itu sedang meneliti Akta Pembangunan Mineral sedia ada bagi meningkatkan aspek kelestarian dalam industri perlombongan REE tempatan.

Nik Nazmi mengakui bahawa memandangkan REE digunakan dalam produk berkaitan peralihan tenaga — seperti kenderaan elektrik (EV) — industri dan pengguna kini semakin menitikberatkan faktor ESG.



Source link