Malaysia Oversight

Perlis lancar Skim Kafalah bantu golongan memerlukan berdepan ujian kematian ahli keluarga

By Utusan in September 22, 2025 – Reading time 2 minute
Perlis lancar Skim Kafalah bantu golongan memerlukan berdepan ujian kematian ahli keluarga


KANGAR: negeri melancarkan inisiatif Skim Kafalah Perlis bertujuan membantu meringankan beban nasib golongan miskin tegar yang berdepan dengan ujian kematian ahli keluarga.

Menerusi skim tersebut, setiap penerima akan mendapat sumbangan wang tunai sebanyak RM500 sebagai bantuan bagi memudahkan pengurusan jenazah.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, negeri memperuntukan sejumlah RM1 juta setahun bagi pelaksanaan inisiatif itu.

“Kita berharap dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada keluarga si mati khususnya bagi pengurusan jenazah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Skim Kafalah Perlis di Dewan Residensi Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Mohd. Shukri berkata, kriteria bagi permohonan skim itu adalah pemohon seharusnya terdiri daripada kalangan miskin tegar yang diperakui oleh Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK), wakil rakyat dan berdaftar dengan e-Kasih.

Katanya, skim itu juga terbuka buat semua agama dan permohonannya perlu dibuat menerusi borang disediakan di Yayasan Perlis (YIPs).

“Selepas borang lengkap, ia perlu diserahkan semula ke YIPs untuk semakan dan proses penyaluran akan dibuat dalam masa tiga minggu,” katanya.

Ujar Mohd. Shukri, insiatif dilaksanakan itu juga merupakan sebahagian daripada janji manifesto Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Tambahnya, kadar pemberian insiatif menerusi skim itu juga akan ditambah selepas ini bergantung kepada peruntukan negeri.

“Sebelum ini memang kita dah rancang untuk laksanakan namun kedudukan kewangan tidak begitu mengizinkan dan sekarang kita bergerak ke arah itu,” katanya.-UTUSAN





Source link