Malaysia Oversight

Perkhidmatan BNPL Catat Lebih 168,000 Akaun Tertunggak Setakat Jun 2025

By Amanz in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
Perkhidmatan BNPL Catat Lebih 168,000 Akaun Tertunggak Setakat Jun 2025


Perkhidmatan BNPL Catat Lebih 168,000 Akaun Tertunggak Setakat Jun 2025

August 7, 2025
Kewangan

Amy Maizuraa

Perkhidmatan Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) kini mencatatkan lebih 168,000 akaun tertunggak setakat 30 Jun 2025 yang mewakili 2.6% daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna aktif di Malaysia. Jumlah baki tertunggak dilaporkan mencecah RM121.8 juta iaitu bersamaan 3.2 % daripada nilai keseluruhan pinjaman BNPL yang berjumlah RM3.8 bilion.

duit MY 03

Walaupun angka ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan BNPL, ia hanya menyumbang 0.2% daripada jumlah keseluruhan hutang isi rumah negara. Fakta ini menunjukkan bahawa tahap risiko masih berada dalam kawalan. Kajian oleh Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna turut mendapati bahawa majoriti pengguna BNPL mengamalkan disiplin kewangan yang baik dengan sebahagian besar membuat pembayaran tepat pada masanya.

Paid App Berbayar Duit

Sebagai langkah kawal selia yang lebih menyeluruh, akan melaksanakan Akta Kredit Pengguna 2025, yang turut merangkumi penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP). Suruhanjaya ini akan bertanggungjawab menyelia semua pemberi kredit dan perkhidmatan kredit yang sebelum ini berada di luar rangka kawal selia, termasuk BNPL, syarikat pemfaktoran, pajakan serta agensi kutipan hutang.

Melalui pendekatan berasaskan risiko dan pemeriksaan berkala, SKP dijangka memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan pasaran kredit berkembang secara bertanggungjawab dan telus.

bernamabiz

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link