Malaysia Oversight

Perjanjian untuk akhiri penutupan kerajaan AS semakin hampir

By MkiniBM in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Perjanjian untuk akhiri penutupan kerajaan AS semakin hampir


Presiden Donald berkata pada Ahad bahawa ahli Kongres hampir mencapai kata sepakat untuk menamatkan penutupan Amerika Syarikat yang telah berlarutan selama 40 hari, lapor Anadolu Ajansi.

“Nampaknya kita semakin hampir untuk menamatkan penutupan ,” kata kepada pemberita ketika beliau pulang ke Rumah Putih.

Penilaian positif itu muncul susulan laporan bahawa ahli perundangan mencapai persetujuan dwipartisan untuk membiayai sehingga akhir Januari, sebagai pertukaran kepada janji daripada Republikan di Senat untuk mengadakan undian bagi melanjutkan subsidi penjagaan kesihatan penting yang dijadual tamat pada 1 Jan.

Masih tidak jelas sama ada Demokrat memberikan sokongan mencukupi memandangkan perjanjian itu tidak memenuhi dua tuntutan utama parti itu dalam isu kesihatan, termasuk lanjutan kredit cukai “Affordable Care Act” dan pembatalan pengurangan program Medicaid.

CNN melaporkan masih terdapat beberapa isu utama belum diselesaikan, termasuk tuntutan Demokrat agar semua pekerja persekutuan yang dipecat oleh semasa penutupan kerajaan dikembalikan semula ke jawatan mereka, selepas beliau meningkatkan tekanan terhadap Demokrat supaya mencapai persetujuan.

Untuk langkah sementara itu diluluskan, sekurang-kurangnya lapan senator Demokrat perlu menyokongnya bagi melepasi ambang undian 60 majoriti.

Masa bagi sebarang kemungkinan pengundian masih belum ditentukan dan Senat kini ditangguhkan sehingga 8 malam waktu Timur (0100 GMT Isnin).

Bernama-Anadolu



Source link