Malaysia Oversight

Perjanjian dagangan Malaysia-AS tak bercanggah perlembagaan

By MkiniBM in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Perjanjian dagangan Malaysia-AS tak bercanggah perlembagaan


PARLIMEN l Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim.

Malah beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

“Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara, itu cara kita kerja, malah dalam yang akhir sekali pun (keputusan) ulasan Peguam Negara itu diperlukan.

“Ya kepala (ketua) rundingan itu MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM (Jabatan Kemajuan Malaysia) masuk, bincang soal import, Kementerian Pertanian masuk, namun keseluruhannya skop undang-undangnya (ada) Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada perjanjian timbal balas itu mendapat ulasan daripada AGC, pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.

– Bernama



Source link