Malaysia Oversight

Perintah gaji minimum RM1,700 turut terpakai kepada guru Pasti

By MkiniBM in August 21, 2025 – Reading time 2 minute
Perintah gaji minimum RM1,700 turut terpakai kepada guru Pasti


PARLIMEN | Perintah gaji minimum RM1,700 turut terpakai kepada guru di Pusat Asuhan Tunas (Pasti), kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Tegas Sim, perintah itu sama seperti yang dikenakan kepada pekerja sektor swasta lain.

Sim berkata sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap perintah terbabit ia boleh dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Pematuhan terhadap gaji minimum tetap terpakai kepada guru Pasti sama seperti pekerja sektor swasta yang lain.

“Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap perintah gaji minimum, saya sarankan agar perkara ini dilaporkan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk siasatan,” katanya semasa penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Dia berkata demikian sebagai menjawab isu dibangkitkan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang sebelum ini menyifatkan keadaan lebih 9,500 guru pra-sekolah kendalian sebagai ‘tidak adil’ kerana hanya menerima elaun antara RM600 hingga RM700, jauh di bawah kadar gaji minimum.

fcdec2eadacb80f42d197a95c77f12e9

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu, Nik Nazmi berkata ramai ibu bapa memilih menghantar anak mereka ke Pasti kerana yuran rendah. Namun hampir 10,000 guru di pusat itu hanya menerima elaun sekitar RM600 tanpa perlindungan sosial asas.

“Antara tarikan adalah selain mendakwa pendidikan , kos yang rendah.

“Namun banyak aduan tentang Pasti tidak mematuhi aspek silibus, pengajian guru. Aduan termasuk daripada guru-guru Pasti sendiri,” kata bekas menteri itu.

Justeru, dia berharap langkah pembetulan dapat diambil oleh Jawatankuasa Khas Pendidikan Prasekolah yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Majlis Sosial Negara.

Isu gaji guru Pasti bukan perkara baru dan telah dibangkitkan sejak bertahun lalu.

Pada Mac 2024, pihak berkuasa dilaporkan memberi perhatian terhadap rangkaian tadika dan sekolah susulan pertikaian gaji yang melibatkan guru-gurunya.

Berdasarkan memo Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), semua cawangan pejabat itu telah ditugaskan untuk memeriksa Pasti, serta Sekolah Rendah Teras Islam (Sriti) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti).

Ia dikatakan bagi menentukan status pekerjaan guru dan kakitangan di institusi pendidikan di bawah , atau lebih khusus sayap pemuda parti itu.

Institut-institut terbabit juga tidak didaftarkan secara sah sebagai sekolah, taman asuhan kanak-kanak, atau tadika.



Source link