ISTANBUL: Dua kanak-kanak serta seorang ibu maut manakala bapa mereka kini bertarung nyawa selepas dipercayai mengalami keracunan makanan ketika menikmati hidangan jalanan berhampiran sebuah lokasi tumpuan pelancong di Istanbul, lapor media Turkiye semalam. Menurut pegawai kesihatan wilayah Istanbul, Abdullah Emre Guner, insiden itu berlaku pada Rabu selepas keluarga berkenaan menikmati beberapa jenis makanan popular yang dijual di sebuah restoran di kawasan pesisir Ortakoy, berhampiran jambatan merentasi Selat Bosphorus. Keluarga tersebut…






