Malaysia Oversight

Perak larang pengeluaran lesen jual vape

By Utusan in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Perak larang pengeluaran lesen jual vape


IPOH: Perak mengharamkan pengeluaran lesen menjual rokok elektronik atau berkuatkuasa 1 Januari 2026 dalam usaha negeri membasmi penyalahgunaan dan ketagihan nikotin.

Mulai tarikh itu, sebarang lesen baharu penjualan tidak akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri manakala lesen sedia ada yang akan luput selepas 1 Januari tidak akan diperbaharui setelah tamat.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, langkah itu penting demi melindungi kesihatan rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman bahaya .

Katanya, berdasarkan statistik situasi semasa di Perak, trend jumlah pengguna vape meningkat daripada 53,086 orang kepada 69,788 orang dari tahun 2019 hingga 2023.

Malah katanya, peratusan perokok vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun telah meningkat daripada 8.5 peratus kepada 10.5 peratus.

“Vape yang sering dipasarkan dengan perisa menarik bukan sahaja boleh menjadi pintu masuk kepada tabiat merokok. Malah berpotensi disalahgunakan dengan campuran bahan terlarang seperti dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Sivanesan, langkah itu juga menjadikan Perak sebagai negeri keenam melaksanakan peraturan seperti itu selepas , Terengganu, Johor, Perlis dan Kedah.

“Meskipun terdapat pelbagai kaedah lain yang mungkin digunakan oleh penjual dan pengguna untuk mendapatkan bahan vape. Langkah oleh negeri ini penting sebagai permulaan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Jelasnya, PBT boleh mengambil tindakan kepada premis yang menjual vape dengan kerjasama agensi penguatkuasan yang lain dan melihat usaha tersebut penting untuk meningkatkan imej negeri Perak.

Larangan itu berkuatkuasa ke atas semua kategori premis perniagaan di seluruh negeri tanpa pengecualian jenis atau waktu operasi. – UTUSAN

 





Source link