Malaysia Oversight

Penyokong tegar Umno merosot, beralih sokong parti lain

By MkiniBM in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Penyokong tegar Umno merosot, beralih sokong parti lain


PAU 2025 | Bilangan penyokong tegar kini telah merosot secara drastik akibat beralih kepada parti lain, kata Timbalan Presiden , Mohamad Hasan.

Oleh itu katanya, perlu berubah dan tidak boleh menggunakan pendekatan lama dalam mendepani cabaran tersebut.

“Penyokong tegar kita telah menyusut dengan drastik. Dua sebab utama ialah, mereka beralih menyokong parti politik lain, dan kedua, kerana kemunculan besar generasi baru yang tidak mempunyai apa-apa keterhubungan dengan Umno.

“Jadi, untuk berhadapan dengan mereka ini, kita tidak boleh terus menerus menggunakan cara lama, mentaliti lama, dan andaian lama,” katanya.

Dia berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak persidangan tiga sayap Umno Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam ini.

[Berita penuh menyusul]



Source link