Malaysia Oversight

Penyokong ramai JDT menang besar

By Utusan in August 8, 2025 – Reading time 2 minute
Penyokong ramai JDT menang besar


ISKANDAR PUTERI: Para penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yakin skuad bimbingan Xisco Munoz mampu mencatatkan kemenangan selesa ke atas FC pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Ini kerana skuad Harimau Selatan rancak mendapatkan pemain import yang berpengalaman bagi memperkuat pasukan bagi menghadapi musim 2025/2026.

Mohd. Kamil Nasiman, 42, menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada pasukan tuan rumah setelah rekod JDT cukup cemerlang apabila bermain di gelanggang sendiri.

Pertembungan malam ini akan mengubati ‘kekecewaan’ setelah perlawanan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada musim lalu tidak berlangsung apabila Red Giants membuat keputusan untuk tidak hadir atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan.

“Pada tahun lepas, saya sudah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, namun ia tidak berlangsung. Harapnya, perlawanan malam ini dapat mengubati kekecewaan itu dengan melihat JDT menjulang trofi berharga itu.

“Dengan kehadiran beberapa pemain import yang berpengalaman luas di Eropah serta pemain warisan Harimau Malaya, JDT mampu menang 6-0,” katanya yang datang dari Batu Pahat.

HELMI
MOHD. HELMI HALIM

Mohd. Helmi Halim, 40, turut berkongsi pandangan sama bahawa juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu mampu menang besar ke atas pasukan .

Penjaja dari Muar itu berharap JDT mampu mempamerkan taring ketika melayan kunjungan Gergasi Merah pada malam ini.

“Saya jangka ayam tambatan JDT, Arif Aiman Hanapi akan menyinar pada malam ini, sekali gus membantu pasukan menang besar, saya kira JDT mampu menang 7-0.

“Saya juga tidak sabar dan teruja melihat aksi pemain baharu pada perlawanan ini, harapnya kedatangan dari jauh ini mampu bawa pulang berita gembira,” tambahnya.

Sementara itu, penyokong , Mohd. Aizul Azhar Rosmin, 43, mendoakan pasukan kesayangannya itu mampu mencipta kejutan ketika berdepan Harimau Selatan di gelanggang keramatnya.

Katanya, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi berdepan tugas sukar untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada aksi pembukaan Liga Super musim ini.

“Kita tahu kemampuan JDT, namun apa sahaja boleh berlaku di atas padang dan saya harapkan keajaiban akan berlaku dan memihak kepada Gergasi Merah.

“Saya rasa, untuk catat keputusan seri adalah tidak mustahil buat Selangor, tapi kalau menang, saya kira itu adalah bonus. Harap penonton dapat disajikan dengan persembahan bertenaga,” katanya. – UTUSAN





Source link