Malaysia Oversight

Penjenamaan Tabung Haji cetus polemik kaum

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 4 minute
Penjenamaan Tabung Haji cetus polemik kaum


Usaha penjenamaan semula oleh mencetuskan polemik dalam ketegangan kaum susulan dakwaan bahawa syarikat bukan telah dilantik.

menggunakan isu ini untuk menggambarkan seolah-olah dana yang simpanan umat Islam dengan harapan untuk menunaikan haji telah disalahgunakan dan disalurkan kepada pihak bukan Islam, serta bahawa syarikat bumiputera diketepikan.

Sementara itu, kegagalan dan menangani dakwaan tersebut kelihatan hanya menyemarakkan isu berkenaan.

05f69e37c29e49d8f8d8de52ef7e5aec

Isu ini bermula pada 11 Ogos, apabila ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, mendakwa di Parlimen bahawa RM20 juta wang hasil titik peluh pendeposit digunakan untuk penjenamaan semula, dan tiga syarikat yang sama ada dimiliki sepenuhnya atau majoriti oleh bukan Islam dan bukan bumiputera telah dilantik.

Sumber maklumat Marzuk tidak jelas, namun dipercayai berpunca daripada hubungannya ketika dia menjadi timbalan menteri hal ehwal agama.

Dia mempersoalkan mengapa usaha yang menelan belanja tinggi sebegitu diperlukan, dan mengapa syarikat milik bumiputera tidak dilantik, serta sama ada proses tender terbuka dijalankan atau tidak.

Marzuk juga berhujah bahawa dana itu lebih baik digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan menunaikan haji atau bahkan untuk menaja sehingga 1,000 jemaah haji dari golongan berpendapatan rendah.

c15673849ddf2669d289d7492c919b6c

Pada mulanya, soalan Marzuk tidak banyak menarik perhatian umum sehinggalah bekas pemimpin , Nurul Islam Mohamed Yusoff, mengangkat isu ini pada 15 Ogos.

Ini kemudian mendorong Tabung Haji menafikan bahawa penjenamaan semula itu menelan kos RM20 juta.

Sebaliknya, dalam kenyataan pada 16 Ogos, Tabung Haji memaklumkan penjenamaan semula itu hanya menelan kos RM6 juta – dibayar dalam tiga peringkat RM2 juta setiap tahun untuk tempoh tiga tahun.

Namun, ia tidak menjawab dakwaan berkaitan syarikat vendor bukan Islam, yang menyebabkan Nurul Islam dan pihak lain terus mengasak naratif bahawa tabung itu mengetepikan kepentingan Islam dan Melayu.

Marzuk bersemuka dengan menteri

Keadaan memuncak pada Isnin apabila Marzuk bertikam lidah dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar, berhubung isu tersebut.

Na’im, ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13, mendedahkan bahawa Tabung Haji telah melantik empat syarikat, bukan tiga, dalam usaha penjenamaan semula.

492c0bf3f152052eadbc1b1ef1ade3a5
Na’im bersama Ahmad Marzuk Shaary (kanan)

Dia tidak mengesahkan mahupun menafikan bahawa tiga syarikat itu majoritinya bukan Islam, tetapi menegaskan konsortium tersebut terdiri daripada profesional pelbagai kaum.

Na’im juga berkata pelantikan syarikat berkenaan mematuhi prosedur perolehan Tabung Haji.

Mengenai mengapa tabung itu – yang hampir memonopoli sektor haji di Malaysia – memerlukan penjenamaan semula, Na’im menjelaskan ia kerana GLC tersebut menghadapi kesukaran mendekati golongan muda.

Dia turut mendedahkan bahawa ketika Marzuk menjadi timbalan menteri hal ehwal agama, Tabung Haji pernah menganugerahkan kontrak kepada 23 syarikat bukan bumiputera.

353ae7b60eab81abfc3d64ca74200b0a

Marzuk membalas bahawa dirinya tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani kontrak sedemikian.

Dia juga menuduh menteri itu gagal menjawab sama ada kontrak penjenamaan semula itu diberikan kepada syarikat bukan Melayu tanpa tender terbuka atau tidak.

Lonjakkan naratif agama

Asakan berterusan ahli Parlimen itu akhirnya memaksa Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau – yang mempengerusikan perbahasan Dewan Rakyat ketika itu – mengarahkan Marzuk keluar selepas dia berulang kali ingkar arahan supaya duduk dan membenarkan Na’im meneruskan ucapan.

Marzuk kemudian digantung dua hari.

Insiden ini seterusnya menyemarakkan lagi sentimen kaum dan agama.

41281eaa23d195a8ebf66df95ac19668
Alice Lau

Manjoi dari PAS, Hafez Sabri, dalam satu hantaran di Facebook pada malam Isnin, memberi tafsiran agama terhadap pengusiran Marzuk.

“Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dari PAS dihalau keluar dari Dewan Rakyat dan digantung dua hari oleh speaker bukan Islam daripada DAP,” katanya.

Dia juga dilihat mempersoalkan mengapa Lau yang mempengerusikan sesi itu, yang katanya penting bagi umat Islam.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, semalam menegur Hafez kerana memainkan sentimen agama, dan menegaskan Lau bertindak mengikut peraturan apabila Marzuk bertindak tidak tertib.

“Apa yang berlaku tiada kaitan dengan parti atau agama Lau. Tetapi seperti biasa, pemimpin PAS seperti Hafez suka memainkan sentimen kaum dan agama,” kata wakil rakyat DAP itu.

f4bdcabc580e0b27548a7fdf1335da44
Hafez Sabri

Hafez membalas dengan menuduh Syahredzan sebagai pihak yang sebenarnya memainkan isu perkauman dan menggunakan “taktik lapuk” untuk memburukkan PAS.

Dia kemudian mengulangi persoalan Marzuk, meminta mengesahkan sama ada vendor yang dilantik untuk penjenamaan semula itu dimiliki oleh bukan Islam, dan jika projek itu diperoleh melalui rundingan terus.

Malaysiakini telah menghubungi dua daripada syarikat yang dinamakan oleh Marzuk untuk mendapatkan maklum balas. Syarikat ketiga pula tidak mempunyai laman web atau maklumat hubungan.

Salah satu syarikat berkenaan, Green Zebras Sdn Bhd, mengesahkan telah dipilih oleh Tabung Haji.

Pengasas bersama syarikat itu Yazid Jamian berkata bahawa ia ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan untuk menangani beberapa isu, dan untuk membantu meremajakan Tabung Haji kepada khalayak sasarannya.

88d1885e678057b5ff1982763535be05

“Pelantikan itu dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya polisi dan prosedur perolehan Tabung Haji. Green Zebras dipilih berdasarkan keupayaan, rekod prestasi dan pendekatan kami yang sejajar dengan objektif projek,” katanya kepada Malaysiakini.



Source link