Malaysia Oversight

Penjawat awam S’gor dibenar kerja dari rumah sempena Sidang Asean

By MkiniBM in October 17, 2025 – Reading time 2 minute
Penjawat awam S'gor dibenar kerja dari rumah sempena Sidang Asean


memberi kelonggaran kepada penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan (GLC) untuk bekerja dari rumah semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini.

Dalam satu kenyataan, Amirudin berkata kelonggaran itu diberikan berikutan jangkaan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang susulan ketibaan delegasi luar negara bermula hari ini (17 Okt) serta penutupan sementara beberapa jalan utama di Kuala Lumpur.

“Keputusan ini diambil agar perkhidmatan kepada rakyat dapat diteruskan di samping mengurangkan beban perjalanan para penjawat awam akibat kesesakan aliran trafik susulan penutupan beberapa jalan utama di ibu kota.” katanya dalam kenyataan.

Amirudin turut menggalakkan syarikat swasta menawarkan menawarkan fleksibiliti sedemikian kepada pekerja mereka sekiranya menepati kemampuan dan kebolehan sistem syarikat.

“Ini agar kesejahteraan para pekerja dapat dijamin dan mengelakkan mereka tidak terlalu terbeban dengan aliran trafik sempena Sidang Kemuncak Asean yang akan dihoskan oleh Malaysia,” tambahnya.

a508ae2a3f316c7a493c38516a3f5070

Antara jalan utama yang terlibat dengan penutupan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur ialah Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Binjai, Persiaran KLCC, Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Damansara, Jalan Istana, Jalan Kuching, dan Jalan Perak.

Pada 14 Okt lalu, Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, memaklumkan bahawa pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena kehadiran para pemimpin serantau dan antarabangsa, termasuk kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald .

Menurutnya seramai 16,000 anggota polis dari seluruh negara akan ditugaskan bagi membantu dan memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang sidang berlangsung.



Source link