Kerajaan Selangor umum bantuan khas kewangan tiga bulan gaji untuk penjawat awam negeri, dengan bayaran kedua RM1,000 minimum pada Disember 2025.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak tiga bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata insentif ini sebagai tanda penghargaan kepada khidmat penjawat awam dalam membangunkan negeri Selangor.
“BKK sebanyak satu bulan setengah gaji telah disalurkan pada awal tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor.
Bayaran kedua sebanyak satu bulan setengah gaji dengan minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Disember 2025.
Bagi pemimpin masyarakat pula akan menerima satu bulan elaun.
Petugas masjid akan menerima RM500 sumbangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Pemerbadanan). – Bernama
Post Views: 1






