Malaysia Oversight

‘Penjawat awam paling ramai ditahan kes terima rasuah sejak sedekad’

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
‘Penjawat awam paling ramai ditahan kes terima rasuah sejak sedekad’


memaklumkan yang penjawat awam merangkumi kumpulan terbesar dalam kes menerima rasuah, dengan sejumlah 2,965 orang telah ditahan antara 2015 hingga 30 Jun tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata dalam tempoh sama, 47 penjawat awam turut ditahan kerana memberi rasuah.

Berdasarkan maklumat daripada SPRM, Azalina memaklumkan seramai 119 individu dalam GLC ditahan kerana menerima suapan, manakala 64 lagi ditahan kerana memberi rasuah.

Bagi sektor swasta pula, seramai 1,101 individu ditahan kerana menerima rasuah, manakala 511 lagi kerana memberinya. Ahli politik pula berada di kedudukan paling bawah, dengan hanya 31 orang ditahan kerana menerima rasuah dan enam ditahan kerana menawarkannya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, Azalina turut memaklumkan bahawa 680 orang awam ditahan kerana menerima rasuah, manakala 1,061 lagi disyaki cuba memberi rasuah.

“SPRM membuka kertas siasatan berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima, serta melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengikut Akta SPRM 2009,” kata Azalina.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen Jerantut dari , Khairil Nizam Khirudin yang meminta statistik pemberi dan penerima rasuah mengikut kaum, kumpulan umur dan sektor pekerjaan sepanjang 10 tahun lepas.

Golongan bawah 40 tahun paling ramai ditahan

Azalina berkata, seramai 4,896 individu ditahan kerana menerima rasuah, dengan orang Melayu mencatatkan 3,690 kes, diikuti Cina (494), kaum lain (449) dan India (263).

Bagi kes memberi rasuah, jumlah tangkapan ialah 1,689 orang – terdiri daripada 630 orang Cina, 518 kaum lain, 390 Melayu dan 151 India.

Mengikut umur pula, seramai 2,603 individu berusia 40 tahun ke bawah ditahan kerana menerima rasuah, diikuti 2,097 orang berusia antara 41 hingga 60 tahun, dan 196 orang berusia 61 tahun ke atas.

Bagi pemberi rasuah, kumpulan bawah 40 tahun sekali lagi mencatat jumlah tertinggi dengan 981 tangkapan, diikuti 622 orang dalam kumpulan umur 41 hingga 60 tahun, dan 86 orang berusia 61 tahun ke atas.

Pada Mei tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Zuki Ali dilaporkan berkata pada 2020 hanya ada 74 sabitan melibatkan 1.48 juta penjawat awam dalam kes rasuah, dengan angka itu menurun kepada 70 sabitan pada 2021, dan 21 sabitan pada 2022.

Dia berkata penurunan itu membuktikan penjawat awam masih mengamalkan budaya kerja berintegriti. 

Namun, katanya lagi ketika itu, tetap memandang serius “kumpulan kecil” yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam dan tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku yang membabitkan integriti.



Source link