Malaysia Oversight

Penipuan Kod QR Meningkat di Malaysia Menurut Kaspersky

By Amanz in April 28, 2025 – Reading time 1 minute
Penipuan Kod QR Meningkat di Malaysia Menurut Kaspersky


Sekuriti

Penipuan Kod QR Meningkat di Malaysia Menurut Kaspersky

April 28, 2025

Effi Saharudin

Penggunaan kod QR semakin meluas di Malaysia, bukan sahaja untuk transaksi perbankan nirtunai yang mudah digunakan tetapi juga sebagai medium penipuan baharu. Menurut Kaspersky dalam temubual bersama Bernama, penipuan berlaku apabila kod QR sah digantikan dengan kod palsu, menyebabkan risiko kecurian data dan maklumat kewangan pengguna.

QR code tengkorak

Laporan Global Overview Digital 2025 menunjukkan Malaysia berada di tempat kedua selepas dengan 66.1% penduduk aktif menggunakan kod QR. Dengan peningkatan penggunaan ini, risiko penipuan turut meningkat pada kadar yang sama.

Data PDRM juga mendedahkan 12,110 kes penipuan atas talian telah direkodkan pada suku pertama 2025, membabitkan kerugian RM573.7 juta. Jumlah ini meningkat berbanding 10,715 kes bernilai RM519.9 juta pada suku terakhir 2024, termasuk kes berkaitan kod QR palsu. Pengguna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan kod QR dan memastikan sumbernya boleh dipercayai bagi mengelakkan risiko penipuan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link