Malaysia Oversight

Pengurus kanan GLC Sabah ditahan SPRM

By MkiniBM in July 3, 2025 – Reading time 1 minute
Pengurus kanan GLC Sabah ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan (GLC) di negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM16,000.

Menurut sumber suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun lepas dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

“Suspek dipercayai menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi ini bagi mendapatkan keizinan reman.

Bernama



Source link