Malaysia Oversight

Pengundi akan tolak kerajaan UmDAP, kata Hamzah

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Pengundi akan tolak kerajaan UmDAP, kata Hamzah


Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata dia yakin pengundi Ayer Kuning akan mengundi PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut Hamzah, PN berpotensi meraih sokongan daripada penyokong setia yang tidak bersetuju dengan kerjasama parti itu bersama DAP, kerana mereka lebih cenderung melihat Umno bergabung dengan PN.

“Banyak maklumat (sampai) ke kita bahawa penyokong-penyokong asal Umno tak setuju tentang gabungan antara Umno dan DAP.

“Mereka juga mengakui kalaulah negeri ini gabungan antara PN dan Umno, ini merupakan satu gabungan yang kuat, bukan setakat sekarang tapi juga untuk masa-masa hadapan

“Saya percaya kalau ramai yang punyai sifat sebegitu rupa, mereka akan beri undi kepada kita semata-mata nak bagi signal kepada pemimpin mereka bahawa gabungan UmDAP itu mereka tak boleh terima,” kata Hamzah kepada pemberita ketika berkempen bersama calon Ayer Kuning.

UmDAP ialah istilah yang digunakan terhadap Umno oleh lawannya selepas parti itu bergabung dengan DAP untuk membentuk selepas Pilihan Raya Umum pada 2022.

Sebelum ini, memenangi sembilan kerusi dalam DUN Perak, tetapi jumlah itu berkurangan satu kerusi selepas kematian Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lalu yang mendorong pilihan raya kecil diadakan.

PH mempunyai 32 kerusi DUN berbanding 26 kerusi yang dimiliki PN.

“Kalau mereka (Umno) bergabung dengan kita, suaranya besar, PN ada 26, campur dengan Umno 9 dulu, kita ada 35 (kerusi), majoriti yang besar dan kita boleh aturkan mengikut agenda yang betul, apa saja kemahuan rakyat boleh kita sama-sama perjuangkan,” tambah Hamzah.

‘MB Perak ambil mudah isu

Mengenai isu ladang yang dibangkitkan oleh PN sepanjang kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning, ketua pembangkang itu menegaskan perkara itu merupakan kebimbangan serius di kalangan penduduk tempatan.

Hamzah juga membidas reaksi Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mengenai isu tersebut, dengan menyatakan bahawa menteri besar itu seharusnya lebih peka terhadap keluhan penduduk.

“Isu ni pada saya adalah satu isu yang sudah pun ditolak oleh MB, seolah-olah itu perkara yang sepatutnya tidak dibawa dalam pilihan raya. Tapi itulah isu sebenarnya, isu tempatan, kerana terlampau banyak sangat ladang babi dalam kawasan ini.

“Jadi kita orang Melayu merasakan bahawa mengapa isu yang sebegitu rupa diambil mudah oleh MB?

“Jangan semata-mata kerana seronok menjadi MB, sehinggakan lupa tanggungjawab untuk kepentingan rakyat di bawah, terutamanya masyarakat kita sendiri,” tambahnya.

Sebelum ini, Naib Presiden , Idris Ahmad, menyifatkan jawapan yang diberikan Saarani sebagai “memalukan” dan tidak menjawab dakwaan yang dibangkitkan PN mengenai sisa kumbahan najis ladang babi yang disalirkan terus ke Sungai Bidor.

Pengundi DUN Ayer Kuning akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 26 April ini, selepas tempoh kempen selama dua minggu.

Sepanjang kempen, PN antaranya menumpukan isu berkaitan ladang babi, yang menjadi perhatian utama dalam kawasan majoriti pengundi Melayu itu yang terletak di bawah Parlimen Tapah, kawasan yang kini diwakili .

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PN, Abd Muhaimin Malek; calon , Yusri Bakir; serta calon PSM, Bawani KS.



Source link