Malaysia Oversight

‘Pengumuman PM biasa saja, tak padan dengan teaser’

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
'Pengumuman PM biasa saja, tak padan dengan teaser'


Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 yang diumumkan Perdana Menteri Ibrahim sebagai percubaan untuk mengurangkan momentum himpunan membantah pentadbirannya, pada Sabtu ini.

Ahmad Fadhli juga berkata apa yang diumumkan hari ini hanyalah pengumuman biasa yang boleh dibuat bila-bila masa.

“Hanya bantuan RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia (bernilai keseluruhan RM2 billion) yang kelihatan menarik daripada pengumuman hari ini. Selain itu, ia hanyalah pengumuman biasa dan boleh sahaja diumumkan pada bila-bila masa terutama menjelang Belanjawan 2026 nanti. 

“Tetapi terpaksa diumumkan segera kerana ingin mengurangkan momentum kemarahan rakyat untuk turun 26 Julai ini. 

“Tidaklah padan dengan teaser yang ditayangkan seminggu sudah seolah-olah filem pecah panggung, rupanya filem cap ayam menggunakan software ciplak untuk proses suntingan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pengumumannya hari ini, berkata jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun ini, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

57c3c541c40ca2ff75ac0f1e16590561

Selain pemberian bantuan sekali beri tersebut, Anwar antara lain turut mengumumkan tambahan cuti umum Hari Malaysia pada 15 September dan penurunan harga minyak RON95 kepada RM1.99 seliter.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata pengumuman bantuan sekali beri berjumlah RM2 bilion itu tidak memberi impak berbanding penjimatan sebanyak RM7.5 billion daripada penyasaran subsidi diesel. 

“Tiada yang berimpak jangka masa panjang. Hanya pengumuman biasa. Turun tetap Turun. 26 Julai jumpa di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Sementara itu aktivis PN Isham Jalil secara sinis berkata Anwar hanya mampu menurunkan harga petrol sebanyak enam sen bertanding apa dijanjinya sebelum ini.

“”Berpuluh-puluh tahun janji, berhari-hari tunggu pengumuman, sekali umum minyak turun enam sen. 

“PM cakap RON95 turun enam sen dan ‘nah ambil RM100 seorang pergi shopping masa Hari Merdeka’,” sindir bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi itu di Facebook.

f1083b258b837a77c103237a0a5cd196
Isham Jalil

Bagi Ketua Wirawati Putra Nurhafizah Jamalludin, pengumuman tersebut menunjukkan tidak memahami kesusahan yang dihadapi rakyat.

Dia berkata pengumuman itu hanyalah retorik dan “gula-gula populis” bagi menutup kegagalan dasar.

“RM100 yang diberikan kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas tanpa penyasaran langsung bukanlah langkah yang berkesan. 

“Jumlah kecil itu tidak mampu menampung keperluan asas isi rumah dalam tempoh seminggu, apatah lagi dalam suasana inflasi yang berterusan. Tambahan pula, akan menarik balik sepenuhnya subsidi telur bermula 1 Ogos ini,” katanya.

Nurhafizah juga berkata keyakinan rakyat tidak boleh “dibeli” dengan agihan bantuan RM100.



Source link