Malaysia Oversight

Penguatkuasa serbu klinik, doktor rasa ‘dikhianati’

By MkiniBM in May 1, 2025 – Reading time 2 minute
Penguatkuasa serbu klinik, doktor rasa 'dikhianati'


Sekumpulan doktor swasta mengecam apa yang disifatkan sebagai “pengkhianatan” susulan laporan bahawa pihak berkuasa telah mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Ubat) 2025, meskipun tempoh tertentu diberikan.

Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) berkata pegawai penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mula mengunjungi klinik-klinik pada hari ini, susulan penguatkuasaan baru itu.

Mereka mendakwa pegawai berkenaan telah mengeluarkan notis amaran dengan tempoh tiga hari kepada klinik untuk memaparkan harga ubat, atau berdepan saman.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali memberi jaminan bahawa fasa awal pemantauan dan penguatkuasaan perintah tersebut akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan pendidikan secara berfasa untuk tempoh tiga bulan.

aa415cd3d85da4ff815418a11c71c010

“Ini mengesahkan kebimbangan kami selama ini,” kata Presiden FPMPAM, Dr Shanmuganathan TV Ganeson dalam satu kenyataan hari ini.

“Tidak ada tempoh bertenang yang sebenar, tiada moratorium rasmi, dan tiada perlindungan undang-undang untuk klinik yang bertindak dengan niat baik.

“Ini bukanlah pembaharuan dasar — ini adalah pengkhianatan dalam penguatkuasaan peraturan.

“Janji lisan tidak bermakna apabila pegawai di lapangan bertindak sendiri tanpa mematuhi ketetapan undang-undang. Ini mencerminkan kegagalan kepimpinan dan kelemahan dalam kawalan penguatkuasaan,” katanya.

Dia mempersoalkan apakah Dzulkefly dan Armizan secara sengaja mengelirukan doktor dan orang awam, atau telah hilang kawalan terhadap jentera penguatkuasaan.

Shanmuganathan juga menuntut supaya semua bentuk ‘pemeriksaan yang bersifat hukuman’ dihentikan serta-merta sehingga garis panduan yang jelas dikeluarkan, bersama arahan bertulis yang sah dan boleh dikuatkuasakan secara undang-undang untuk mengesahkan sebarang tempoh bertenang

[Baca berita penuh]



Source link