Malaysia Oversight

Pengharaman vape: Kita bertekad, bukan lagi soal ‘kalau’

By MkiniBM in August 9, 2025 – Reading time 2 minute
Pengharaman vape: Kita bertekad, bukan lagi soal ‘kalau’


Kementerian Kesihatan sedang menunggu hasil kajian terperinci jawatankuasa pakar berhubung pengharaman rokok elektronik atau sebelum membentangkan syor itu kepada Kabinet.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata syor berkenaan, yang akan dibentang sebaik proses kajian itu selesai, menjadi langkah susulan penting ke arah pengharaman produk itu di Malaysia. 

“Kita bertekad untuk ini (pengharaman ), bukan lagi ‘kalau’. Saya akan bentang kepada Kabinet untuk perkara itu diteliti,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival Sihat Milik Semua di Dewan 2020 di Kangar, hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

ca13297744155efb81456f75258dfb41

Karnival itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan 2020 sebagai antara program sisipan bersempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Dzulkefly juga berkata langkah mewarta dan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) menunjukkan impak positif apabila berlaku penurunan kebolehdapatan produk itu di pasaran.

Dia berkata sehingga Jun lepas, terdapat 2,794 varian produk merokok termasuk direkodkan di pasaran berbanding sebelum Akta 852 dikuatkuasakan iaitu sebanyak 6,824 varian.

“Jadinya 40.9 peratus sahaja yang tinggal…kalau kita tegas, penguatkuasaan lebih keras, saya yakin kita benar-benar dapat mengawal selia (penjualan rokok dan vape).

“Paling penting ialah OBD (Orang Bukan Dewasa), pelajar-pelajar, anak kita tidak terdedah kepada vape,” katanya.

Dzulkelfly berkata Akta 852 akan dilaksana secara tegas bagi mengawal selia produk merokok termasuk vape demi kesihatan awam.

-Bernama



Source link