Malaysia Oversight

Penggunaan ChatGPT Di Malaysia Meningkat 330% Berbanding Setahun Lepas

By Amanz in May 29, 2025 – Reading time 1 minute


Kecerdasan Buatan

Penggunaan ChatGPT Di Malaysia Meningkat 330% Berbanding Setahun Lepas

May 29, 2025

Aman

Selari dengan acara ASEAN Summit, kini pihak OpenAI berkongsi beberapa data menarik berkenaan penggunaan perkhidmatan kecerdasan buatan mereka di rantau Asia Tenggara ini. Menurut OpenAI, mereka mempunyai 500 juta pengguna aktif mingguan di seluruh dunia, dan sebanyak 2 juta pengguna perniagaan berbayar.

Tidak setakat itu, rantau ini turut memperlihatkan penggunaan ChatGPT yang meningkat dari hari ke hari. Vietnam dan Thailand dilihat menerajui arena ini dengan peningkatan penggunaan lebih 700% berbanding setahun yang lepas.

Malaysia menduduki tangga ketiga dengan peningkatan penggunaan sebanyak 330% berbanding setahun yang lepas. Untuk Indonesia pula, ia ditekankan yang mana pasaran berkenaan merupakan antara lima pasaran dengan angka pengguna mingguan yang tertinggi di dunia.

Di rantau Asia Tenggara ini, ChatGPT dilihat digunakan lebih kepada membuat pengajaran dan pembelajaran, penulisan, penyuntingan, dan juga terjemahan. Pengguna berusia 18 ke 34 tahun juga dilihat sangat aktif menggunakannya, memperlihatkan integrasi kecerdasan buatan akan menjadi lebih penting dalam kalangan perniagaan pada masa akan datang.

Tiada angka pengguna spesifik untuk ChatGPT yang dikongsikan oleh OpenAI buat masa ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link