Malaysia Oversight

Pengguna Kini Boleh Menetapkan Had Masa Tatalan Harian Untuk Kandungan YouTube Shorts

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Pengguna Kini Boleh Menetapkan Had Masa Tatalan Harian Untuk Kandungan YouTube Shorts


Pengguna Kini Boleh Menetapkan Had Masa Tatalan Harian Untuk Kandungan YouTube Shorts

October 24, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

YouTube memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan had masa tatalan bagi kandungan Shorts menerusi aplikasi mudah alih.

YouTube Ikon Shorts 02

Langkah ini bertujuan untuk membantu pengguna mengawal masa tontonan serta menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat. Ciri ini melengkapi fungsi pengurusan masa sedia ada seperti peringatan tidur (Bedtime) dan rehat (Take a Break) serta digabungkan dalam kawalan ibu bapa (Parental Controls) menjelang hujung tahun ini.

Apabila pengguna mencapai had masa yang ditetapkan, sistem akan memaparkan notifikasi yang boleh ditutup sebagai tanda tatalan Shorts dihentikan untuk hari tersebut. Bagi akaun yang diawasi, ibu bapa boleh menetapkan notifikasi yang tidak boleh ditutup sekali gus memperkukuh kawalan terhadap masa tontonan anak-anak.

YouTube Shorts A

Langkah ini juga sejajar dengan usaha platform lain seperti Instagram dan TikTok yang turut menyediakan ciri pengurusan masa. Dalam masa sama, ia dijangka dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan teknologi secara lebih terkawal.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link