Penggantian Cip MyKad Adalah Percuma Dari 23 September Hingga 7 Oktober
Effi Saharudin
Kementerian Dalam Negeri (KBN) akan menawarkan penggantian cip MyKad yang rosak secara percuma di seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober. Ini adalah sempena pelancaran inisiatif Budi95 yang membolehkan rakyat Malaysia yang layak membeli pertol pada harga RM1.99 seliter bermula 30 September.

Program gantikan cip iniu akan memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada subsidi petrol bersasar tanpa gangguan teknikal. Sejak penggunaan MyKad diperlukan untuk menebus skim Sara sempena Hari Merdeka terdapat peningkatan ketara pertukaran MyKad setiap bulan. Sebanyak 294,715 permohonan penggantian cip diterima antara Januari hingga Ogos 2025. MyKad dengan cip rosak boleh digantikan di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Subsidi bersasar BUDI95 ini boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia dengan lesen memandu kereta dan motosikal yang sah, dan akan ditetapkan pada harga RM1.99 seliter dengan had kuota 300 liter sahaja setiap bulan. Sekiranya jumlah petrol yang diisi melebihi had tersebut, pemilik kenderaan akan perlu membayar harga pasaran yang dianggarkan sekitar RM 2.60.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.