Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak semestinya daripada kalangan presiden parti komponen, kata timbalan setiausaha agung gabungan itu, Takiyuddin Hassan.
Berucap pada sidang media, Takiyuddin berkata perlembagaan gabungan itu tidak mengehadkan jawatan tertinggi kepada peringkat presiden parti.
Sebaliknya, katanya, perlembagaan menyatakan pengerusi PN hendaklah dipilih oleh ahli Majlis Tertinggi dan dia hendaklah memegang jawatan itu selagi dikehendaki Majlis Tertinggi.
“Tiada satu perkataan pun di sini (dalam perlembagaan parti) yang mengatakan pengerusi PN mesti dipilih daripada kalangan presiden parti komponennya.
“Tiada,” katanya semasa persidangan yang diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini.
[Laporan penuh menyusul]






