Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.
Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini.
Dia ialah Timbalan Pengerusi PN Perlis dan juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis.
Abu Bakar memenangi kerusi DUN Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 1,254 undi.
-Bernama






